Sabtu, Februari 18, 2012

Bowling..

Bowling.. Satu permainan yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum sebab umum pun dah mengenali permainan ni.. Permainan yang amat mudah untuk dimainkan tapi agak sukar untuk mendapat mata yang tinggi.. Mudah dalam erti kata tiada apa-apa persediaan yang anda perlukan untuk main bowling ni.. Malahan jika anda sedang berjalan-jalan dan terasa bosan, anda boleh terus sahaja pergi ke pusat bowling dan main.. Yang penting pastikan anda ada sekurang-kurangnya sepuluh ringgit dalam poket seluar atau dompet terlebih dahulu..

Anda hanya perlu menyediakan lebih kurang RM10 sahaja untuk bermain bowling ini, tidak perlu persediaan lain.. Kemudian anda perlu menyesuaikan diri anda dengan bola yang ingin digunakan.. Setiap bola ada berat yang tersendiri dan biasanya akan ditulis pada permukaan bola.. Jika tidak silap, nombor yang ditulis pada bola adalah berat bola tersebut dalam unit pound.. Contohnya jika bola 12 bermaksud 12 pound ataupun lebih kurang 5kg ke 6kg..

Anda selalu main bowling tetapi adakah anda faham bagaimana cara pengiraan matanya?? Ramai orang yang bermain bowling tetapi tidak tahu bagaimana hendak mengira mata yang anda dapat terutama sekali jika melibatkan "spare" dan "strike". Sila baca contoh di bawah:

Situasi A:
Frame 1 (Balingan 1): 8
Frame 1 (Balingan 2): 1
Frame 2 (Balingan 1): 8
Frame 2 (Balingan 2): 2 [Spare]
Frame 3 (Balingan 1): 4
Frame 3 (Balingan 2): 1
Mata untuk Situasi A: 28

Situasi B:
Frame 1 (Balingan 1): 8
Frame 1 (Balingan 2): 1
Frame 2 (Balingan 1): 8
Frame 2 (Balingan 2): 2 [Spare]
Frame 3 (Balingan 1): 1
Frame 3 (Balingan 2): 4
Mata untuk Situasi B: 25

Situasi C:
Frame 1 (Balingan 1): 8
Frame 1 (Balingan 2): 1
Frame 2 (Balingan 1): 10 [Strike]
Frame 3 (Balingan 1): 1
Frame 3 (Balingan 2): 4
Mata untuk Situasi C: 29

Persoalannya, kenapa mata untuk semua situasi adalah berlainan sedangkan jatuhan pin untuk semua situasi adalah [9 + 10 + 5] = 24?? Nantikan entri seterusnya untuk mengetahui jawapan terhadap persoalan ini..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan