Entri ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan mana2 pihak cuma sekadar renungan kepada pihak2 yang berkaitan agar alert dengan masalah ni.. Nak dijadikan cite, aku belajar di sebuah universiti nun di Pahang yang menyediakan kemudahan Internet hampir seluruh kawasan samada wireless ataupun kabel LAN.. Best la kan dapat main Internet setiap masa.. So, dari semasa ke semasa pelajar makin bertambah dan server pun makin busy.. Jalan penyelesaiannya adalah mem'block' download2 yang berkaitan dengan file audio dan video.. Di samping itu, web yang berwarna biru (paham2 la ee) pun di'block'.. Tidak cukup dengan itu, web video streaming seperti youtube dan dailymotion juga menjadi mangsa.. Dan yang terkini, terdapat website2 yang dilabelkan kidstimewasting (paham kan maksud die).. Nak tahu website apa yang menjadi bahana label ni?? Jangan terkejut lak nanti.. Check betul2..

Aku nak mintak pendapat korang la, agak2nya ramai ke 'kids' yg tahu guna paypal ni?? Aku rasa kalo tanya member2 aku budak U ni pun ramai yang x tau apa benda ni.. Tengok lak website seterusnya..


Dua2 website di atas adalah website yang berkaitan dengan 'car review'.. 'Kids' suka baca pasal keta ke?? Diorang tau ke apa itu horsepower, torque, transmission, wheel base, turbocharger mahupun gear ratio?? Adakah informasi pasal keta itu adalah 'time wasting'?? So, course automotif yang ditawarkan di U ini adalah 'time wasting' la maknanya..
Kalo korang nak 'block' yang biru ke, youtube ke aku x kisah (camna korang block pun aku bleh open gak).. Tapi bila berkaitan dengan website yg penting especially untuk budak automotif cam aku ni, bengang la jugak aku.. Tambahan lak blog keta aku memerlukan info2 dari website2 seperti ini.. Camne pun, sekali korang 'block', 10 cara aku cari untuk 'unblock' website tu.. Cuma aku harap, kalo nak block pun, guna la label yang sesuai sket macam studentstimewasting ke, engineerstimewasting ke, baru la sedap sket dengar.. Ini 'kids'.. Jatuh tahap 'supercars.net' tu wahai pakcik2 dan makcik2 ICT..