Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 22, 2014

Kehilangan MH370..

Genap 2 minggu pesawat MH370 hilang tanpa kesan.. Dalam masa 2 minggu juga bermacam-macam spekulasi dikeluarkan dari pesawat terhempas, pesawat dirampas, konspirasi politik dan bermacam-macam lagi.. Bagi aku, perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh dimainkan lebih-lebih lagi kita berdepan dengan sensitiviti ahli keluarga krew dan penumpang pesawat yang berdepan kemungkinan kehilangan ahli keluarga mereka.. Jika kita berada di tempat mereka pun pasti kita akan terasa betul tak??

Pada pendapat aku, tak perlulah kita berlagak seperti Sherlock Holmes atau Detektif Conan kedai kopi yang hanya tahu bercakap dan bercakap.. Jika kita rasa kita ni sangat-sangat layak untuk menyiasat, mohonlah kerja sebagai polis penyiasat atau buka agensi detektif.. Jika profesional seperti FBI, CIA, agensi risikan seluruh dunia ataupun satelit pun belum dapat mengesan lokasi pesawat MH370 ini, apalah layaknya untuk kita membuat spekulasi betul tak??

Jadi, serahkanlah perkara ni pada yang pakar dan kita khususnya umat Islam berdoalah untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka.. Kita nantikanlah berita-berita terkini dan mengharapkan masih ada sinar harapan untuk mereka..


Jumaat, Mei 10, 2013

2013 Asia Super Showcase Ditangguhkan..

2013 Asia Super Showcase yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada hari Ahad ini ditangguhkan sehingga pemberitahuan.. Bagi yang tidak tahu, 2013 Asia Super Showcase adalah konsert yang menampilkan artis berkumpulan K-Pop iaitu Girls' Generation, AOA dan Shinhwa.. Lagipun banyak juga media massa yang menyiarkan iklan di saluran mereka serta ada juga yang memberikan tiket percuma kepada pendengar atau penonton bertuah.. Penulis tak pernah dengar lagu dari AOA dan Shinhwa ni cuma penulis nak kongsikan dengan pembaca lagu Girls' Generation yang semakin melonjak-lonjak popular sekarang ni iaitu "I Got A Boy"..




Isnin, Februari 18, 2013

Amah Dera Bayi 4 Bulan..

Berita panas dalam sehari dua ni tentulah tentang seorang amah Indonesia yang mendera seorang bayi berusia 4 bulan.. Amah ini tidak menyedari bahawa perlakuannya dirakam oleh CCTV yang berada di dalam rumah tersebut.. Selepas menonton video ini, penulis pun tak tau nak gambarkan sama ada amah ni gila, mental atau mengalami tekanan otak.. Bagi sesiapa yang belum menonton, silakanlah tonton..

Khamis, November 15, 2012

Barisan Kereta Mewah Majlis Perkahwinan Dato' Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo..

Siapa tak kenal dengan Dato' Lee Chong Wei?? Jangan kata rakyat Malaysia malahan satu dunia mengenali beliau kerana beliau adalah pemain badminton nombor 1 dunia.. Baru-baru ini Dato' Lee Chong Wei telah pun melangsungkan perkahwinan dengan Wong Mew Choo, juga pemain badminton wanita nombor 1 Malaysia.. Majlis ini telah mendapat liputan dan hebahan dengan seluas-luasnya di seluruh negara.. Untuk entri kali ni, penulis tak mahu bercakap panjang lebar tentang perkahwinan ini tapi penulis tertarik dengan satu video amatur yang menyiarkan konvoi kereta mewah untuk majlis perkahwinan ini.. Dari Lamborghini ke Ferrari ke Rolls Royce dan Bentley, konvoi ini benar-benar menarik perhatian orang ramai yang ada di situ.. Jom kita saksikan..

Isnin, Julai 09, 2012

Gambar-gambar Planet Marikh @ Mars..

Penerokaan terbaru NASA telah berjaya menjelajah dan mengambil gambar Planet Marikh atau disebut Mars dalam bahasa Inggeris secara lebih terperinci.. Nampaknya penerokaan angkasa lepas telah menjadi salah satu bidang yang makin menjadi tumpuan sekarang ini.. Di Malaysia juga tidak dikecualikan dengan munculnya angkasawan Malaysia yang pertama (tak perlulah diperkenalkan lagi).. Adakah dengan berkembangnya bidang penerokaan angkasa lepas ini, kita akan bertemu dengan makhluk-makhluk asing yang kita gelarkan "alien" di masa akan datang atau adakah kita akan berupaya membina teknologi untuk membolehkan manusia hidup di planet-planet yang lain selain Bumi?? Semua itu masih menjadi tanda tanya dan di sini aku postkan sekali beberapa gambar Planet Marikh yang berjaya diambil oleh NASA..




Untuk maklumat lanjut dan lebih gambar lagi boleh layari link di bawah:
http://news.yahoo.com/photos/the-surface-of-mars-slideshow/heres-most-stunning-photo-mars-world-ever-seen-photo-175757710.html

Sabtu, Julai 07, 2012

Pasukan Malaysia di Soccernet..

Agak teruja bila bukak page Soccernet hari ni.. Bukan pasal transfer rumor mengenai perpindahan Robin van Persie tetapi mengenai satu artikel tentang bola sepak Malaysia.. Seorang penulis di Soccernet menceritakan tentang harapan baru bola sepak Malaysia dengan kebangkitan bakat-bakat muda seperti Nazmi Faiz dan Rozaimi Rahman serta pemilikan kelab-kelab Eropah oleh usahawan-usahawan Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti pemain-pemain Malaysia akan membanjiri kelab-kelab Eropah..

Untuk membaca lebih lanjut pergi ke link di bawah:
http://soccernet.espn.go.com/columns/story/_/id/1122877/malaysia:-a-new-hope?cc=4716

Selasa, Ogos 31, 2010

Iklan Merdeka 2010..

Rasa-rasanya tak ramai yang tau Petronas ada keluarkan iklan baru sempena Merdeka ni kan.. Lebih pelik lagi, aku tak pernah menyaksikan iklan ni televisyen.. Agak pelik untuk channel-channel TV di Malaysia ini kurang memberikan promosi untuk iklan-iklan seperti ini di TV.. So, pada korang yang berminat dengan iklan-iklan seperti ini yang banyak memberikan pengajaran kepada kita bolehlah mendownload melalui link di bawah..

Download Iklan Merdeka 2010 (Petronas)


*Kredit untuk Selangor2U

Khamis, Oktober 15, 2009

Nilai Sebatang Rokok..

Dengan perkhabaran terbaru bahawa harga sebatang rokok akan dinaikkan sebanyak 1 sen, jadi kita tengok apa pendapat orang ramai tentang nilai sebatang rokok pada mereka..

Perokok Tegar: Rokok ni ibarat nyawa gua beb.. Kalau sehari tu tak abis sekotak rokok, gua tak berdaya nak idup lagi..

Perokok Tak Tegar: Aku hisap pun kalau boring2 atau tertekan je bro.. Maklumlah problem kerja la, duit la, awek lagi.. Kalau hisap rokok ni barulah tenang kepala aku..

Isteri @ Awek Perokok: Apa la yang bestnya dengan rokok tu kan?? Daripada buang duit beli rokok tu, baik belikan cincin berlian untuk I.. Barulah I tambah sayang..

Pegawai Kesihatan: Merokok ni tak baik untuk kesihatan.. Dah banyak penyakit yang kita discover dengan aktiviti merokok ni.. Eh, ko ada rokok sebat tak??

Imam Masjid: Merokok ni tarafnya makruh yang hampir-hampir haram malah ada fatwa negeri yang kata rokok tu haram.. Tapi kalau geng-geng kedai kopi tu dah hulur sebatang dua terpaksa la aku hisap jugak kan??

Kerajaan: Dah banyak kita laburkan untuk kempen "Tak Nak Merokok". Malahan kat kotak rokok pun kita dah tampal gambar-gambar penyakit.. Tapi korang semua jangan la berhenti daripada beli rokok pulak eee sebab rokok ni pun merupakan penyumbang kepada pendapatan negara jugak..

Jadi, agak-agaknya pendapat mana yang korang sokong atau korang ada pendapat lain??

Isnin, April 06, 2009

Formula 1 Oh Formula 1..

Salam semua pembaca blog ini.. Pada peminat-peminat sukan bermotor, mesti korang dah tahu bahawa Formula 1 telah berlangsung di Litar Sepang semalam bersamaan 5 April.. Korang dah tahu resultnya?? Mari sini aku bagitau keputusan Formula 1 Litar Sepang semalam..

1. Jenson Button (Brawn-Mercedes)
2. Nick Heidfeld (BMW Sauber)
3. Timo Glock (Toyota)

Inilah pelumba-pelumba yang berjaya menaiki podium semalam.. Manakah pelumba-pelumba daripada McLaren Mercedes mahupun Ferrari.. Nampaknya penggunaan "diffuser" dan juga teknologi "KERS" benar-benar membantu pasukan-pasukan bawahan untuk mengupgrade kereta mereka ke satu tahap yang tidak dapat dijangka oleh pasukan-pasukan besar..

Dengan hujan lebat yang memaksa semua pelumba hanya menghabiskan maksimum 31 laps, mata untuk pelumba kali ini juga dipotong setengah yang bermakna Button hanya mendapat 5 mata walaupun bergelar juara.. Jom usha-usha sikit gambar-gambar yang berjaya aku tangkap di Litar Sepang semalam.. Sori aaa, gambar gegar pasal keta laju sangat..

Keta yang bergerak pada kelajuan 300 km/j

Pertarungan sengit Red Bull dan BMW

Keta sapa la yang spin ni

Penyampaian hadiah pada pemenang

Dengan kipas susah mati Ferrari

Dengan awek BMW Sauber

Ada gaya rider sejati tak??

Selasa, Mac 24, 2009

Fedex Plane Crashes At Narita Airport..

Aik, pelik lak ngan entri kali ni.. Tetiba lak ada tajuk bahasa inggeris kan.. Pada sesapa yang tak tau lagi tu, semalam satu berita gempar telah mendapat liputan meluas daripada siaran-siaran berita terkenal seluruh dunia seperti CNN dan Bloomberg.. Seperti tajuk di atas, sebuah kapal terbang kargo Fedex telah kemalangan di lapangan terbang Narita dan mengikut sumber, kelajuan angin pada 70 km/j semasa pendaratan itu dilakukan menjadi punca utama nahas kapal terbang tersebut.. Disebabkan nahas itu, 2 orang krew kapal tersebut disahkan mati di hospital berdekatan dan operasi di lapangan terbang tersebut juga terpaksa ditangguhkan.. Penulis blog ni tak suka bercerita panjang, so biarlah video dan gambar di bawah menjadi ganti untuk korang sendiri menyaksikan bagaimana nahas tersebut berlaku yang dianggap paling teruk dalam sejarah Lapangan Terbang Antarabangsa Narita..





Sumber Berita:
1. http://www.japantoday.com/category/national/view/cargo-plane-crash-lands-at-narita-airport-bursts-into-flames
2. http://itn.co.uk/news/cf5e5dea03bba9cbad705e03cbd1811d.html
3. http://www3.signonsandiego.com/stories/2009/mar/23/japan-crash-032309/?zIndex=71266

Rabu, Mac 18, 2009

Melaka Bakal Mendapat Ketua Menteri Baru..

Assalamualaikum semua.. Mesti korang pelik kan, apsal la pulak si BD Fabregas ni buat entri bertajuk seperti di atas tu.. Blog ini adalah blog download dan bukannya blog politik tapi bila ianya berkaitan dengan negeri tercintaku iaitu Melaka, aku sebagai anak jati Melaka hendak juga megulas sedikit tentang perkara tersebut.. Lagipun, rasanya dah lama aku tak menulis panjang-panjang kan?? So, dalam pada korang tengah menunggu drama-drama atau lagu-lagu mp3 korang tu habis didownload, marilah baca apa yang aku nak perkatakan berkaitan dengan tajuk di atas..

GEMPAR!! Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau panggilan manjanya Ali Ketam didapati bersalah kerana melanggar peraturan pemilihan UMNO.. Melanggar peraturan pemilihan UMNO itu maksudnya rasuah laa.. Oppps, tak boleh guna perkataan tu tapi digantikan dengan politik wang.. Bagi yang katak bawah tempurung tak tahu siapa itu Datuk Seri Mohd Ali, beliau adalah Ketua Menteri Melaka merangkap Naib Presiden UMNO dan calon untuk Timbalan Presiden UMNO..

Akibat daripada kesalahan politik wang (rasuah la tu) tersebut, Datuk Seri Mohd Ali dilarang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden untuk pemilihan UMNO nanti.. Sementara tiga ejen beliau iaitu Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail pula digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkasa 12 Mac lalu..

Bagi aku la, kisah Datuk Seri Mohd Ali ini ada dua skrip.. Kedua-dua skrip pun sebenarnya bakal membolehkan Melaka mendapat Ketua Menteri yang baru tapi dengan cara yang berbeza.. Apakah skrip-skrip itu?? Sambung bacaan anda lagi dengan perenggan di bawah..

Ini adalah skrip asal kisah Datuk Seri.. Datuk Seri berjaya mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.. Dan jika diizinkan Allah, beliau akan berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan bakal menjadi orang nombor dua negara.. Apabila telah menjadi orang nombor dua UMNO, banyak hal yang memerlukan beliau untuk berada di pusat tetapi sebagai Ketua Menteri Melaka, agak sukar untuk beliau berulang-alik dari Melaka ke pusat.. So, mungkin bakal diadakan satu pilihan raya kecil untuk membolehkan Datuk Seri masuk ke Parlimen supaya beliau akan tinggal di pusat untuk memudahkan urusannya, lagi-lagi sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri..

Ini pula adalah skrip sebenar Datuk Seri Mohd Ali.. Beliau didapati bersalah dan tidak dibenarkan bertanding untuk jawatan nombor dua UMNO.. Kesalahannya bukan kecil tapi dianggap antara kesalahan paling besar dalam politik.. Untuk menjaga reputasi UMNO ataupun setelah diberikan tekanan, beliau terpaksa atau dipaksa meletakkan jawatan untuk ADUN Bukit Baru dan juga sebagai Ketua Menteri Melaka.. So, satu Bukit lagi bakal mengadakan pilihan raya selain daripada Bukit Lanjan dan Bukit Selambau..

So, kedua-dua skrip pun bakal menyaksikan Melaka bakal mendapat Ketua Menteri yang baru.. Masalahnya, siapakah yang layak menjawat jawatan itu?? Adakah YB Tuan Haji Ghazale, iaitu bapa kepada classmate aku semasa di sekolah rendah ataupun YB Datuk Kapt. (B) Haji Abd Karim yang mesra rakyat ini bakal menjawat jawatan nombor satu Melaka?? Sama-samalah kita saksikan apakah kesudahannya drama politik Datuk Seri Mohd Ali Rustam ini..


Sumber:
1. http://malaysiakini.com/news/100373
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Rabu, Januari 07, 2009

Flag Blog Ni Plak..

Alang2 aku baru lepas buat kerja amal dengan entri sebelum ni, aku sambung sket keje amal ni.. Kali ni berkaitan dengan versi baru blog menghina Nabi Muhammad dengan bertopengkan blog Adibah Ahmed.. Nampaknya makhluk ni tak serik2 dengan perbuatan dia, so kita ramai2 pegi flag blog dia dan pilih hate or violence.. Kita gunakan kuasa kita sebagai pengguna Internet untuk menutup blog ini daripada beroperasi.. Tapi, kepada budak2 bawah umur aku suggest xyah la nak join sekali eee takut korang terpengaruh plak dengan entri2 hampeh dalam blog tu nanti..

Image Hosted by ImageShack.us

Selasa, Disember 16, 2008

Video Hangat: Bush Kena Baling Kasut..

Kalo baca surat khabar utusan ari ni, mesti dpt tgk gambar detik2 Bush dibaling kasut semasa dia mengadakan lawatan perpisahan ke Iraq.. Dah le gi kondem negara orang, ada hati lagi nak buat ucapan perpisahan plak.. Dan sebagai hadiahnya, kasut terbang yang dituju ke Bush.. Nasib baik la kasut terbang, kalo kapak terbang ke, peluru terbang ke, x ke mampus si Bush tu.. Aku nak tulis panjang2 pun maleh pasal aku bukanlah budak sastera, so korang layankan je la video kt bwh ni..



Kalo rasa lembab sgt nk load atau nak jadikan koleksi, download je kt bwh ni..
Link 1 (Copy link ni & add URL kt IDM korg)..

Isnin, Mac 10, 2008

Pilihanraya Umum

Nampaknya pilihanraya umum sudah pun berlalu.. Apa pendapat anda semua?? Adakah dengan keputusan begini akan berlaku perubahan drastik dalam kepimpinan BN.. Adakah beberapa pemimpin besar akan mengundurkan diri atau masih berdegil?? Dengan kejatuhan negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor ini boleh dikatakan kekalahan teruk BN.. Dengan keputusan sebegini, ini adalah satu amaran buat kerajaan BN sekarang kerana tiada apa yg mustahil di muka bumi ini.. Jika mereka masih leka lagi dan mengulangi kesilapan ini, tidak mustahil 4 atau 5 tahun lagi, kita akan mempunyai kerajaan baru.. Cuma yg hendak diperkatakan di sini, LU PIKIRLAH SENDIRI !!!!!

Khamis, Februari 14, 2008

Tarikh Pilihan Raya..

Akhirnya teka-teki terjawab.. Sehari lepas Pak Lah megumumkan pembubaran Parlimen, SPR pula mengumumkan tarikh pilihan raya pada 8 Mac ni.. Aku pula excited sebab tahun ni adalah kali pertama aku akan mengundi.. Tak sabar pulak rasanya.. Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih.. Kalo belum tu, alamatnya tunggu 4 ke 5 tahun lagi la ee untuk mengundi..