Khamis, Julai 10, 2008

Yuri Zhirkov..

Siapakah Yuri Zhirkov?? Adakah dia penyanyi, pelakon atau pengacara?? Bukan sama sekali.. Yuri Zhirkov adalah seorang pemain bola sepak yang boleh dianggap unsung heroes kepada Rusia semasa Euro 2008.. Dia boleh bermain sama ada di wingback kiri atau wing kiri.. Umurnya pula baru shaja hendak mencecah 25 tahun bulan depan.. Merupakan seorang pemain yang berskil tinggi, dia dianggap sebagai 'Ronaldinho Rusia'. Mewakili CSKA Moscow pada tahun 2004 dan membantu kelab tersebut memenangi Piala UEFA pada tahun 2004.. Berbekalkan ketinggian 1.85 m dan mempunyai sepasang kaki yang pantas, Yuri Zhirkov bakal menjadi antara wingback kiri terhebat dunia dalam masa terdekat ini.. Jika mana2 kelab mahu mendapatkan pemain ini, dianggarkan harganya antara 7-12 juta pound..
Image Hosted by ImageShack.us

Tiada ulasan:

Catat Ulasan