Ahad, Ogos 17, 2008

Pihak ICT yang semakin........................

Entri ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan mana2 pihak cuma sekadar renungan kepada pihak2 yang berkaitan agar alert dengan masalah ni.. Nak dijadikan cite, aku belajar di sebuah universiti nun di Pahang yang menyediakan kemudahan Internet hampir seluruh kawasan samada wireless ataupun kabel LAN.. Best la kan dapat main Internet setiap masa.. So, dari semasa ke semasa pelajar makin bertambah dan server pun makin busy.. Jalan penyelesaiannya adalah mem'block' download2 yang berkaitan dengan file audio dan video.. Di samping itu, web yang berwarna biru (paham2 la ee) pun di'block'.. Tidak cukup dengan itu, web video streaming seperti youtube dan dailymotion juga menjadi mangsa.. Dan yang terkini, terdapat website2 yang dilabelkan kidstimewasting (paham kan maksud die).. Nak tahu website apa yang menjadi bahana label ni?? Jangan terkejut lak nanti.. Check betul2..
Image Hosted by ImageShack.us
Aku nak mintak pendapat korang la, agak2nya ramai ke 'kids' yg tahu guna paypal ni?? Aku rasa kalo tanya member2 aku budak U ni pun ramai yang x tau apa benda ni.. Tengok lak website seterusnya..
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Dua2 website di atas adalah website yang berkaitan dengan 'car review'.. 'Kids' suka baca pasal keta ke?? Diorang tau ke apa itu horsepower, torque, transmission, wheel base, turbocharger mahupun gear ratio?? Adakah informasi pasal keta itu adalah 'time wasting'?? So, course automotif yang ditawarkan di U ini adalah 'time wasting' la maknanya..
Kalo korang nak 'block' yang biru ke, youtube ke aku x kisah (camna korang block pun aku bleh open gak).. Tapi bila berkaitan dengan website yg penting especially untuk budak automotif cam aku ni, bengang la jugak aku.. Tambahan lak blog keta aku memerlukan info2 dari website2 seperti ini.. Camne pun, sekali korang 'block', 10 cara aku cari untuk 'unblock' website tu.. Cuma aku harap, kalo nak block pun, guna la label yang sesuai sket macam studentstimewasting ke, engineerstimewasting ke, baru la sedap sket dengar.. Ini 'kids'.. Jatuh tahap 'supercars.net' tu wahai pakcik2 dan makcik2 ICT..

5 ulasan:

  1. Semat bidi lupoli... kali ni hentam ict..moge2 mpp ade yg baca blog bidi ni bleh ambik tindakkan..jaddah ape nak blog sumer bende...blog yg blue2 dh aku rase la dieroang blog benda yg mcm kidstimewasting ni sebab staff kot ade duk baca buang masa.. then ade orang report kat ict... ict block...dengki jenis ape tah... SAY NO TO ICT SAY NO TO INTERNET!!!!

    BalasPadam
  2. tu la.. aku dh penah antar e-mail kt notify tu tp cam haram.. xde kabo berita langsung..

    BalasPadam
  3. Tapi cm cumel jer name target class die.. hee

    BalasPadam
  4. Salam..
    Dear Saudara BD Fabregas,

    untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, anda boleh berjumpa dengan saya pada bila2 masa waktu pejabat di ICT Centre (Mohd Rashid - 095492173 - mrashid@ump.edu.my)

    BalasPadam
  5. tima kasih kerana ada juga pihak ict yg alert dengan mesej yg cuba disampaikan oleh blog ni.. kami pelajar2 cuma mahukan penjelasan mengapakah website2 yg tidak wajar diblock seperti yang tertera di entri ini menjadi mangsa.. jika ada penjelasan yg relevan, dialu2kan menghantar e-mail ke doomsday_kane@yahoo.com.sg supaya pelajar2 dapat mengetahui masalah sebenar.. kerjasama pihak ict diharapkan supaya semua pihak berpuas hati.. mana la tau ni sume kerja pihak atasan ke, ICT yg jadi mangsa..

    BalasPadam