Selasa, September 16, 2008

Jack Wilshere..

Post ni aku nak melalut sket.. Takde kena mengena dengan download cuma aku terpanggil nak tulis entri ni selepas bakal lagenda Arsenal, Jack Wilshere melakukan debut untuk pasukan Arsenal pada perlawanan dengan Blackburn minggu lepas..

Jack Wilshere baru berusia 16 tahun dan telah berada dalam pasukan utama Arsenal.. Pemain midfielder yang kreatif ini menyertai Arsenal seawal usia 9 tahun dan menjadi antara topik utama semasa pra-musim di mana dia menjaringkan satu gol bertemu Stuttgart dan 2 gol bertemu Burgenland..

Pada 13 September 2008, tercipta sejarah apabila Wilshere menjadi pemain termuda dalam sejarah pasukan Arsenal bermain dalam perlawanan liga pada usia 16 tahun 256 hari.. Malahan Wilshere masih berpeluang untuk menjadi pemain termuda Arsenal bermain dalam FA Cup (Stewart Robson, 17 thn 57 hari) dan kejohanan Eropah (Theo Walcott, 17 thn 129 hari).

Lain2 rekod yang masih berpeluang untuk dipecahkan adalah penjaring gol termuda Arsenal dalam perlawanan liga (Cesc Fabregas, 17 thn 113 hari) dan kejohanan Eropah (Cesc Fabregas, 17 thn 217 hari)..

Jadi, adakah Jack Wilshere bakal memecahkan rekod2 ini dan seterusnya bakal menjadi lagenda untuk pasukan Arsenal serta England?? Kita tunggu..

Image Hosted by ImageShack.us

Tiada ulasan:

Catat Ulasan