Jumaat, Disember 19, 2008

Mat Rempit & Engineer..

Tjuknya nampak pelik sikit kan?? Ye la, apa kaitannya mat rempit dengan engineer.. Walaupun aku bukanlah bekas mat rempit dan belum lagi bergelar engineer, aku nak kaitkan mat rempit dengan engineer melalui sesi temubual di bawah ini yang menampilkan Najem (bukan nama sebenar), si mat rempit cabuk dan BD (juga bukan nama sebenar), seorang engineer berbakat..

Soalan 1: Kenapakah mat rempit suka berlumba pada waktu malam??
Najem: Waktu malam la best bro.. Keta pun kurang, pastu kalo kena kejar polis senang sket nak lari pasal polis tak nampak..
BD: Pada waktu malam, udara lebih mampat.. Ini bermaksud tekanan udara lebih tinggi dan bila udara bertekanan tinggi ni masuk ke enjin motor, kuasa motor dapat ditingkatkan dan motor boleh pergi lagi laju..

Soalan 2: Kenapa mat rempit suka buat aksi superman??
Najem: Baru la gaya bro.. Gua dah bosan la naik motor biasa2 ni.. Lagipun, kawan gua kata naik motor camni baru feel..
BD: Dengan membuat aksi superman, luas permukaan yang menghadap udara yang datang dari depan dapat dikurangkan.. Fenomena ini dinamakan drag force di mana terdapat rintangan udara yang menghalang kita maju ke depan.. Mengikut formula drag force, apabila luas permukaan menghadap udara dapat dikurangkan, rintangan udara juga dapat dikurangkan.. Apabila rintangan udara kurang, motor dapat bergerak lebih laju..

Soalan 3: Kenapa pakai sport rim??
Najem: Ntah la bro, gua tengok lawa gua angkat je la.. Lagipun, minah2 rempit suka tengok gua nyer sport rim ni bro..
BD: Sport rim sebenarnya dibina menggunakan aloi iaitu gabungan unsur2 logam.. Dengan menggunakan aloi, satu bahan yang keras tapi ringan dapat dihasilkan.. Bila ringan, power-to-weight ratio untuk motor tu dapat ditingkatkan dan hasilnya motor hanya membawa beban yang ringan dan sudah semestinya dapat bergerak lebih laju..

Kesimpulannya, mat rempit dan engineer menggunakan cara yang sama tapi sebab yang berlainan.. Mat rempit menggunakan sedikit pemikiran mereka dan juga mengikut orang lain sementara engineer menggunakan pemikiran dan pengetahuan mereka.. So, kepada yang nak merempit tu, korang pegilah belajar tinggi2 dulu supaya nanti korang gak yang dapat menggunakan pengetahuan korang untuk membantu korang menang dalam aktiviti merempit..

Image Hosted by ImageShack.us

6 ulasan: