Rabu, Februari 04, 2009

Sah, Andrei Arshavin Menjadi Milik Arsenal..

Akhirnya 'transfer saga' paling mendebarkan dalam bulan Januari ini mengalami titik noktahnya.. Dengan pengesahan sendiri daripada website official arsenal, peminat2 Arsenal sudah boleh menarik nafas lega.. Dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai 16.95 juta pound, inilah pemain termahal yang pernah dibeli oleh pasukan Arsenal.. Kenapa Wenger meminati pemain Rusia ini?? Jom kita usha profile player yang bakal menjadi "The Legendary 23" ni..

Arshavin atau Andrei Sergeyevich Arshavin dilahirkan pada 29 Mei 1981 di St. Petersburg, Rusia.. Arshavin hanya mempunyai ketinggian 1.72 m, berat 62 kg dan dia merupakan pemain yang versatil iaitu boleh bermain sama ada di posisi winger, attacking midfielder atau striker..

Arshavin merupakan kunci yang menjadi kejayaan kepada kelab Zenit St Petersburg dan juga Rusia.. Dalam Liga Rusia 2007 di mana Zenit menjadi juara, Arshavin telah bermain dalam kesemua 30 perlawanan dengan 10 gol dan 11 assists.. Malahan Arshavin juga menjadi tonggak utama yang membantu Zenit menjuarai Piala UEFA di mana dia menjadi Man of the Match pada final..

Untuk Rusia, tidak perlu diperkatakan lagi.. Lihatlah sahaja bagaimana sumbangan Arshavin semasa Euro 2008.. Paling diingati adalah golnya semasa menentang Belanda yang membawa Rusia ke separuh akhir.. Performancenya yang hebat membolehkan Arshavin mendapat tempat dalam "Euro 2008 Team of the Tournament" dan juga salah satu calon untuk Pemain Terbaik Eropah 2008..

Jadi, bagaimanakah persembahan Arshavin untuk Arsenal nanti?? Harap2lah Arsenal dapat merevolusikan bahagian tengah Arsenal yang nampak kurang kreatif lebih2 lagi dengan ketiadaan bdfabregas, oppss fabregas.. So, kepada team2 lain berjaga2lah dengan kedatangan salah seorang pemain terbaik dunia pada tahun 2008 ini..


Kredit gambar daripada http://arsenal.com

5 ulasan: