Selasa, Mac 24, 2009

Fedex Plane Crashes At Narita Airport..

Aik, pelik lak ngan entri kali ni.. Tetiba lak ada tajuk bahasa inggeris kan.. Pada sesapa yang tak tau lagi tu, semalam satu berita gempar telah mendapat liputan meluas daripada siaran-siaran berita terkenal seluruh dunia seperti CNN dan Bloomberg.. Seperti tajuk di atas, sebuah kapal terbang kargo Fedex telah kemalangan di lapangan terbang Narita dan mengikut sumber, kelajuan angin pada 70 km/j semasa pendaratan itu dilakukan menjadi punca utama nahas kapal terbang tersebut.. Disebabkan nahas itu, 2 orang krew kapal tersebut disahkan mati di hospital berdekatan dan operasi di lapangan terbang tersebut juga terpaksa ditangguhkan.. Penulis blog ni tak suka bercerita panjang, so biarlah video dan gambar di bawah menjadi ganti untuk korang sendiri menyaksikan bagaimana nahas tersebut berlaku yang dianggap paling teruk dalam sejarah Lapangan Terbang Antarabangsa Narita..





Sumber Berita:
1. http://www.japantoday.com/category/national/view/cargo-plane-crash-lands-at-narita-airport-bursts-into-flames
2. http://itn.co.uk/news/cf5e5dea03bba9cbad705e03cbd1811d.html
3. http://www3.signonsandiego.com/stories/2009/mar/23/japan-crash-032309/?zIndex=71266

1 ulasan: