Isnin, Mac 09, 2009

Kutipan Tiket Filem Geng: Pengembaraan Bermula..

Sejak filem Geng: Pengembaraan Bermula ini ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara, berlaku satu revolusi dalam industri perfileman negara.. Berpusu-pusu orang ramai pergi menyaksikan filem Geng ini malahan mungkin ada penonton yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke panggung semata-mata untuk menyaksikan sendiri "The First Wonder of Malaysian's Movie..

Fenomena ini berterusan selama lebih 2 minggu dan hingga entri ini ditulis, filem Geng: Perngembaraan Bermula masih giat menambah kutipan tiket di pawagam-pawagam seluruh negara.. Dijangkakan kutipan tiket akan bertambah dengan mendadak apabila filem Geng: Pengembaraan Bermula ini mula ditayangkan di Indonesia kerana pasaran di sana lebih luas.. Sebagai blog yang pernah hangat mem'provide'kan video Upin & Ipin, aku sendiri mengakui bahawa terdapat sebilangan besar juga pengunjung dari Indonesia yang mencari-cari video Upin & Ipin untuk didownload.. So, buat masa ni aku nak mendedahkan kutipan tiket yang telah berjaya dikumpul oleh filem Geng: Pengembaraan Bermula setakat 19 hari sejak ditayangkan.. Fakta ini telah dicilok dari BLOG CHOKILALA, so korang bolehlah melayari blog beliau untuk membaca review tentang filem Geng: Pengembaraan Bermula..

Hari Pertama (12/2): RM216 000
Hari Kedua (Time aku pegi): RM284 000
Hari Ketiga: RM648 000
Hari Keempat: RM600 000
Jumlah kutipan selepas seminggu: RM2.2 juta

Mak oiii.. Jumlah untuk minggu pertama je dah melebihi jumlah kutipan tiket untuk kebanyakan filem-filem dari Malaysia..

Jumlah kutipan selepas dua minggu: RM4.09 juta
Jumlah kutipan selepas 17 hari: RM4.8 juta
Jumlah kutipan selepas 19 hari: RM4.93 juta

Wau, dengan kutipan tiket yang hanya 'short' RM700 ribu, dijangkakan tiada masalah untuk movie Geng: Pengembaraan Bermula ini mencecah angka RM5 juta.. Ditambah pula dengan keprihatinan pihak panggung yang masih menayangkan filem ini, dijangkakan filem Geng: Pengembaraan Bermula ini boleh bertahan dalam masa seminggu atau dua minggu lagi.. So, sekarang semuanya terletak di bahu anda sama ada anda hendak menyokong atau tidak industri perfileman animasi Malaysia dengan menonton filem ini di pawagam.. Anda masih ada masa lagi jika anda belum berkesempatan menyaksikan lagi filem yang telah membuka mata rakyat Malaysia tentang filem animasi ini..

3 ulasan:

  1. sgt best!!!!! HAHHAHAHAH

    BalasPadam
  2. Congrat to Les Copaque, tapi apa-apa pun boleh diperbaiki lagi. Kutipan 5 juta mungkin nampak menakjubkan, but from my point of view, filem animasi memang pakai budget yg. tinggi (rendering, etc.). So question is, for the next geng movie, the cost might not be as low as Geng: The Movie, can Les Copaque able to fund such overseas fees for this film internally (Les Copaque's cashflow)?

    BalasPadam
  3. Thanks for the blog entry! Kutipan terkini sudah melebihi RM6 juta!

    BalasPadam