Rabu, Mac 18, 2009

Melaka Bakal Mendapat Ketua Menteri Baru..

Assalamualaikum semua.. Mesti korang pelik kan, apsal la pulak si BD Fabregas ni buat entri bertajuk seperti di atas tu.. Blog ini adalah blog download dan bukannya blog politik tapi bila ianya berkaitan dengan negeri tercintaku iaitu Melaka, aku sebagai anak jati Melaka hendak juga megulas sedikit tentang perkara tersebut.. Lagipun, rasanya dah lama aku tak menulis panjang-panjang kan?? So, dalam pada korang tengah menunggu drama-drama atau lagu-lagu mp3 korang tu habis didownload, marilah baca apa yang aku nak perkatakan berkaitan dengan tajuk di atas..

GEMPAR!! Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau panggilan manjanya Ali Ketam didapati bersalah kerana melanggar peraturan pemilihan UMNO.. Melanggar peraturan pemilihan UMNO itu maksudnya rasuah laa.. Oppps, tak boleh guna perkataan tu tapi digantikan dengan politik wang.. Bagi yang katak bawah tempurung tak tahu siapa itu Datuk Seri Mohd Ali, beliau adalah Ketua Menteri Melaka merangkap Naib Presiden UMNO dan calon untuk Timbalan Presiden UMNO..

Akibat daripada kesalahan politik wang (rasuah la tu) tersebut, Datuk Seri Mohd Ali dilarang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden untuk pemilihan UMNO nanti.. Sementara tiga ejen beliau iaitu Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail pula digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkasa 12 Mac lalu..

Bagi aku la, kisah Datuk Seri Mohd Ali ini ada dua skrip.. Kedua-dua skrip pun sebenarnya bakal membolehkan Melaka mendapat Ketua Menteri yang baru tapi dengan cara yang berbeza.. Apakah skrip-skrip itu?? Sambung bacaan anda lagi dengan perenggan di bawah..

Ini adalah skrip asal kisah Datuk Seri.. Datuk Seri berjaya mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.. Dan jika diizinkan Allah, beliau akan berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan bakal menjadi orang nombor dua negara.. Apabila telah menjadi orang nombor dua UMNO, banyak hal yang memerlukan beliau untuk berada di pusat tetapi sebagai Ketua Menteri Melaka, agak sukar untuk beliau berulang-alik dari Melaka ke pusat.. So, mungkin bakal diadakan satu pilihan raya kecil untuk membolehkan Datuk Seri masuk ke Parlimen supaya beliau akan tinggal di pusat untuk memudahkan urusannya, lagi-lagi sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri..

Ini pula adalah skrip sebenar Datuk Seri Mohd Ali.. Beliau didapati bersalah dan tidak dibenarkan bertanding untuk jawatan nombor dua UMNO.. Kesalahannya bukan kecil tapi dianggap antara kesalahan paling besar dalam politik.. Untuk menjaga reputasi UMNO ataupun setelah diberikan tekanan, beliau terpaksa atau dipaksa meletakkan jawatan untuk ADUN Bukit Baru dan juga sebagai Ketua Menteri Melaka.. So, satu Bukit lagi bakal mengadakan pilihan raya selain daripada Bukit Lanjan dan Bukit Selambau..

So, kedua-dua skrip pun bakal menyaksikan Melaka bakal mendapat Ketua Menteri yang baru.. Masalahnya, siapakah yang layak menjawat jawatan itu?? Adakah YB Tuan Haji Ghazale, iaitu bapa kepada classmate aku semasa di sekolah rendah ataupun YB Datuk Kapt. (B) Haji Abd Karim yang mesra rakyat ini bakal menjawat jawatan nombor satu Melaka?? Sama-samalah kita saksikan apakah kesudahannya drama politik Datuk Seri Mohd Ali Rustam ini..


Sumber:
1. http://malaysiakini.com/news/100373
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

10 ulasan:

  1. wah banga nye incik bd bersalaman dgn ketua menteri melaka

    BalasPadam
  2. Rasernyer 2 2 tak mungkin...
    Kalo ikot seniority mungkin Kapt leh kot tapi Datuk Yaakub Amin lagi kanan. Datuk Latif pun ada chance gak ... tak tau lee

    BalasPadam
  3. ehem ehem... tu salam salam tu .. takkan dapat RM5 jerr kot... hehehe

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    BalasPadam
  4. nonna ~ biasak je aku salam ngan org besar2 ni, hehehe..

    zamri ~ kita tunggu samada datuk ali nk letak jawatan ke x dulu..

    adry ~ 5 hengget sudey.. tunggu la bila aku jd wakil rakyat, time tu 5 ribu pn celah gigi je..

    BalasPadam
  5. hoho hebatnya dpt Rm5..nnti bole belanja gelas besau...tak penah lagi ko belanja aku..haha

    BalasPadam
  6. rm5 jer ker bang?haha

    BalasPadam
  7. wan ~ RM5 je pun.. gelas beso pn boleh order segelas jek..

    twenty-six ~ RM5 pn dh kira byk tu..

    BalasPadam
  8. hahaha sekali bapak aku pulak yang bertanding.. lagi haru biru melaka..

    BalasPadam
  9. cik ara ~ ohooo, cik ara ni org melaka eee..

    BalasPadam