Khamis, April 16, 2009

UEFA Champions League Quarter Final Day 4 Roundup..

FC Porto vs Manchester United (0-1) Agg: 2-3
0-1 Ronaldo
BD Fabregas' Man of The Match: Bruno Alves


Arsenal vs Villareal (3-0) Agg: 4-1
1-0 Walcott
2-0 Adebayor
3-0 van Persie (pen)


Roundup:
Akhirnya pasukan yang bertarung ke separuh akhir terjawab.. Dengan kemenangan kepada 2 pasukan dari England, ada 3 wakil dari England yang melangkah ke separuh akhir dan sudah pastinya satu tempat di perlawanan akhir.. Walaupun Porto tewas dengan "wonder 40 yards goal" daripada Ronaldo, mereka mempunyai banyak peluang untuk menyamakan kedudukan terutamanya di separuh masa kedua.. Dengan Vidic dan Ferdinand berganding semula di bahagian pertahanan, penyerang-penyarang Porto tidak mempunyai banyak ruang untuk mengancam van der Sar walaupun midfielder dan winger mereka telah melakukan banyak umpanan-umpanan berbahaya.. Arsenal pula lebih mudah mencatatkan kemenangan dan seperti biasa Adebayor adalah "man target" mereka.. Dengan ini rasmilah bahawa separuh akhir Champions League akan menemukan Manchester United vs Arsenal dan Chelsea vs Barcelona..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan