Sabtu, Disember 11, 2010

Blog BD Fabregas Bakal Dikuburkan!!

Dalam bulan depan, genaplah 3 tahun blog bernama BD Fabregas ini menjengah ke browser-browser anda.. Dalam masa hampir 3 tahun ini juga, telah banyak bahan-bahan yang telah dikongsi oleh penulis untuk anda semua.. Daripada drama tv ke lagu lagu terhangat, diharapkan blog picisan ini berjaya memberikan apa yang anda semua mahukan..

Dengan ini, penulis mengumumkan akan menguburkan blog BD Fabregas ini berkuatkuasa serta-merta.. Pengkuburan ini terpaksa dilakukan setelah beberapa usaha pihak-pihak tertentu untuk mengelakkan daripada sharing video dan lagu berleluasa di arena blogging.. Bermula daripada TV3 yang telah berjaya menukar url video mereka supaya url tersebut tidak berjaya dikongsi untuk didownload sehinggalah pihak DMCA (Digital Millenium Copyright Acts) yang memberi amaran di e-mel dan juga pihak Blogger yang dengan sesuka hatinya meremove beberapa entri aku..

Untuk pengkuburan ini, aku masih lagi belum memastikan samada untuk mengkuburkan terus ataupun hanya mengkuburkan konsep blog ini yang diketahui ramai adalah Blog Download.. Jika dalam masa beberapa hari atau minggu, masih terdapat entri dalam blog ini, maksudnya blog ini masih lagi hidup cuma mungkin konsepnya sahaja dikuburkan.. Tapi blog ini masih akan dikekalkan di Internet kalau-kalau masih ada pengunjung yang masih ingin mendownload bahan-bahan lama yang sudah terdapat dalam blog ini..

Akhir sekali, terima kasih pada semua kerana sudi membuang masa anda melawat blog ini.. Jika blog ini sudah bertukar konsep, harap-harap anda masih lagi sudi membuang masa melawat ke blog ini..

1 ulasan: