Selasa, Disember 28, 2010

Indonesia vs Malaysia Final AFF Suzuki Cup 2010 Second Leg..

Lebih kurang 3 minggu lepas, ada dikhabarkan bahawa blog ini bakal dikuburkan.. Dengan entri terbaru ini, nampaknya aku masih merindui untuk berblogging cuma selepas ini, tiada lagi sharing video atau lagu.. Aku tak mau blog ini disenarai hitam oleh pihak-pihak tertentu..

Esok akan menyaksikan suatu pertembungan yang hebat.. Bukannya Arsenal, Manchester United, Chelsea, Real Madrid mahupun Barcelona tapi antara Indonesia dan Malaysia.. Perang psikologi telah pun bermula di Indonesia di mana negara tersebut menuduh kemenangan pasukan kita adalah disebabkan pancaran laser dan juga bantuan dukun.. Biasalah, pasukan yang kalah pasti akan memberi pelbagai alasan..

Surat khabar hari ini juga memaparkan satu berita yang begitu menarik perhatian di mana aktres seksi Indonesia, Julia Perez mahu membalas pancaran laser yang kita lakukan di Bukit Jalil dengan pancaran gunung berkembarnya (faham-fahamlah sendiri).. Wau, teringin juga nak tengok kan?? Jadi, untuk menangkis segala tohmahan ini, diharapkan pasukan Malaysia dapat memberikan permainan yang lebih baik dari permainan di Bukit Jalil dan menutup mulut media-media Indonesia.. Ronaldo Malaysia (Norshahrul Idlan Talaha), Drogba Malaysia (Safee Sali), Fabregas Malaysia (Safiq Rahim), Lucio Malaysia (Mohd Muslim), Cech Malaysia (Khairul Fahmi) dan Messi Malaysia (S. Kunalan) mesti mempamerkan permainan terbaik untuk membenam terus Sang Garuda.. Dan harus diingat, jangan tergoda dengan pancaran gunung berkembar Julia Perez nanti..

1 ulasan:

  1. tkut kat gunung merapi jek lngsg tak tkut gunung bkembar si julia perez tu...hoho...don't wory msia mesti menang punyerlah!

    jom ilangkan ketengangan final mlm ni dgn pantun seloka sang harimau malaya sang garuda

    http://odahone.blogspot.com/2010/12/aff-suzuki-cup-pantun-seloka-sang.html

    BalasPadam