Rabu, Disember 29, 2010

Tahniah Malaysia!!

Debaran semua warga Malaysia berakhir sudah.. Kita secara rasmi dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF.. Pasukan Malaysia boleh dianggap pasukan nombor satu Asia Tenggara dalam dua tahun kebelakangan ini setelah kita berjaya menggapai pingat emas Sukan SEA tahun lepas..

Walaupun pemain-pemain lebih banyak bertahan seperti yang dijangka, fokus pemain nampaknya tidak terganggu dengan provokasi-provokasi yang dilakukan oleh media Indonesia.. Sedikit kerisauan hadir di minit-minit akhir permainan tetapi pasukan Malaysia masih dapat bertahan untuk memastikan tiada lagi bolos setelah gol kedua Indonesia..

Cuma satu yang agak tidak memuaskan hati ialah Firman, kapten Indonesia dinobatkan sebagai pemain paling bernilai kerana rasa-rasanya penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat telah berjaya membuktikan kebolehannya di peringkat tertinggi dengan menunjukkan aksi konsisten sepanjang kejohanan sejak dia dimasukkan dalam perlawanan kedua menentang Thailand.. Apa-apa pun, semuanya telah berakhir.. Anugerah MVP tidak seprestij piala yang ingin digenggam oleh setiap pemain bola sepak seluruh Asia Tenggara ini.. Sekali lagi, tahniah Malaysia!!

1 ulasan: