Ahad, Januari 09, 2011

Mengira Bajet Untuk Membeli Kereta (Part 1)..

Semua orang pasti mengimpikan untuk suatu hari nanti dapat memandu kereta idaman anda kan?? Tapi, berapa ramai sebenarnya yang benar-benar dapat mencapai impian itu?? Perkara yang perlu diberi perhatian semasa hendak membeli kereta sebenarnya bukanlah kerana ianya adalah impian anda tetapi sebenarnya untuk kemudahan anda.. Jadi, di sini aku ingin berkongsi cara-cara mengira bajet untuk membeli kereta.. Dalam part 1 ini, aku akan menunjukkan cara yang mudah tetapi sedikit leceh..

Pertama sekali, anda perlu rajin dalam menyemak harga kereta yang anda rasa anda mampu untuk memilikinya.. Aku akan berikan contoh untuk pengalaman aku sendiri.. Sebuah Proton Gen 2 tahun 2005 adalah berharga lebih kurang RM30 ribu.. Setelah bertanyakan kepada tauke kedai kereta itu, faedah yang dikenakan adalah 4.3% setahun dan maksimum pinjaman yang boleh diberikan adalah RM29 500 untuk tempoh pinjaman selama 7 tahun.. Melalui maklumat-maklumat yang didapati ini, anda sudah boleh mengira bajet sama ada anda mampu atau tidak untuk membayar ansuran kereta ini..

Harga kereta yang perlu anda bayar sekarang adalah RM30 ribu ditambah pula kos untuk pendaftaran JPJ, nombor plat, insurans, cukai jalan dan pemeriksaan PUSPAKOM, harga sebenar adalah lebih kurang RM32 ribu.. Pinjaman yang anda boleh lakukan pula cuma RM29 500, jadi anda perlu membayar deposit @ downpayment sebanyak RM2500.. Soalan pertama, mampukah anda membayar downpayment sebanyak ini?? Jika tidak, lupakan kereta tersebut dan teruslah mencari kereta yang sama di kedai lain atau cari sahaja kereta lain.. Jika ya, kita terus ke langkah seterusnya..

Sekarang anda sudah mampu untuk membayar downpayment kereta tersebut, tetapi bagaimana pula dengan ansurannya?? Kita sudah tahu nilai pinjaman yang boleh dilakukan adalah RM29500 untuk tempoh pinjaman selama 7 tahun.. Sekarang, kita akan mengira nilai faedah yang perlu dibayar terlebih dulu.. Kadar faedah yang dikenakan adalah 4.3%, jadi pengiraan nilai faedah yang perlu dibayar akan menjadi begini:
(4.3 x 7 x RM29500)/100 = RM8879.50..
Jadi, jumlah pinjaman sebenar adalah:
RM29500 + RM8879.50 = RM38379.50..
Bayaran ansuran bulanan anda untuk setiap bulan pula akan menjadi begini:
RM38379.50/ (7x12) = RM457..
Soalan kedua, adakah anda mampu untuk membayar ansuran sebanyak ini setiap bulan??

Kaedah-kaedah dan formula yang ditunjukkan adalah satu langkah pengiraan secara kasar sahaja kerana kadang-kadang pihak bank ada juga memberikan berbagai-bagai promosi yang memungkinkan anda terpaksa membayar lebih.. Untuk part 2 pula, nantikan kaedah yang lebih direct, hanya satu atau dua pengiraan, dan anda sudah boleh mengagak kereta apa yang sesuai dengan bajet anda..

4 ulasan:

  1. tapi kalau beli kereta cash pun dah cam kereta yang harga below 10k,wira, iswara ,saga pun dah ok.janji kita dah takde bebanan hutang,hidup baru terasa lebih aman. aku dah rasa semua ni.

    BalasPadam
  2. OK BRO THANKS FOR GIVING US KNOWLEDGE.

    BalasPadam