Isnin, Februari 20, 2012

Bowling Part 2..

Jika di entri lepas, kita telah didedahkan bahawa "strike" dan "spare" tidak akan memberikan mata yang sama, malahan "spare" itu sendiri boleh memberikan mata yang berbeza-beza.. Kenapa terjadi perkara ini?? Di bawah adalah jawapannya..

Situasi A:
Frame 1: 8 + 1 = 9
Frame 2: 10 [Spare] + 4 [Frame 3 Balingan 1] = 14
Frame 3: 4 + 1 = 5
Mata = 28

Situasi B:
Frame 1: 8 + 1 = 9
Frame 2: 10 [Spare] + 1 [Frame 3 Balingan 1] = 11
Frame 3: 1 + 4 = 5
Mata = 25

Situasi C:
Frame 1: 8 + 1 = 9
Frame 2: 10 [Strike] + 1 [Frame 3 Balingan 1] + 4 [Frame 3 Balingan 2] = 15
Frame 3: 1 + 4 = 5
Mata = 29 

Bagaimana?? Anda semua sudah dapat mengesan perbezaannya?? Tentu sahaja perbezaan berlaku pada Frame 2.. Kesimpulannya, selepas mendapat "spare", mata untuk frame tersebut akan ditambah dengan balingan pertama frame berikutnya.. Jika "strike" pula, mata untuk frame tersebut akan ditambah dengan dua balingan frame yang seterusnya.. Menarik kan setelah mengetahui perkara ini kerana kini anda tahu setelah mendapat "spare" anda perlu melakukan balingan sempurna pada balingan pertama frame berikutnya untuk menambahkan mata anda.. Jika anda masih ragu-ragu boleh cuba mengira dengan papan mata dalam gambar di bawah..


3 ulasan: