Jumaat, Mac 23, 2012

Melaka Wonderland Theme Park..

Pernah dengar nama tempat seperti tajuk di atas?? Rasanya tak ramai yang pernah dengar sebab rata-rata orang lebih mengenali Sunway Lagoon ataupun A'Famosa Water Park.. Melaka Wonderland baru sahaja berusia hampir 2 tahun sejak dibuka..

Mengikut pengalaman aku setelah dua kali menjejak kaki ke Melaka Wonderland ni, taman tema ni berjaya memberikan keseronokan dan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk meluangkan masa di taman tema air.. Kesemua permainan yang ada di Melaka Wonderland memang terbaik hinggakan pengunjung berasa tidak puas dan ingin bermain lagi.. Melaka Wonderland dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan harga tiket yang dikenakan hanyalah:
Dewasa: RM26 (Selasa - Jumaat), RM30 (Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
Kanak-kanak: RM20 (Selasa - Jumaat), RM25 (Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
55 tahun ke atas: RM15
Kanak-kanak di bawah 90cm: Percuma

Di bawah adalah beberapa gambar mengenai Melaka Wonderland yang aku cilok dari Encik Google.. Minta maaf dulu kepada pemilik-pemilik gambar di bawah..

Pintu masuk ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort.. Gerek seh..

Tornado Chaser.. Pengunjung akan berpusing di dalam mangkuk besar seperti mengalami taufan dan akan turun ke lorong gelap ke kolam.. Agak seram jugak laa..

Kamikaze Racer.. Pengunjung boleh berlumba dengan rakan-rakan anda untuk menentukan siapa yang lebih laju..

1 Big Wave.. Pengunjung berpeluang untuk merasai ombak laut di kolam.. Jika bernasib baik, pengunjung juga berpeluang menyaksikan maskot-maskot Melaka Wonderland menari..

Barisan maskot-maskot Melaka Wonderland Theme Park & Resort yang ramah tamah sedia menanti kunjungan dan melayan anda..

Kalau nak cerita lagi memang tak cukup satu entri.. Untuk info lebih lanjut layari http://www.melakawonderland.com.my/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan