Isnin, Oktober 15, 2012

Mengira Bajet Untuk Membeli Kereta (Part 2)..

Pada entri yang lepas bertajuk "Mengira Bajet Untuk Membeli Kereta (Part 1)..", penulis sudah menerangkan kaedah untuk mengetahui adakah anda mampu membayar downpayment serta ansuran bulanan kereta yang anda inginkan.. Untuk entri kali ni penulis akan mendedahkan kaedah pengiraan terbalik ataupun dalam bahasa kejuruteraan, "reverse engineering"..Jika entri yang lepas, anda terpaksa mengira setiap kereta dan menentukan adakah anda mampu atau tidak tetapi kaedah yang akan diterangkan di bawah ini lebih mudah di mana anda akan mengetahui harga kereta mana yang bersesuaian dengan anda..

Langkah pertama adalah anda perlu menentukan bayaran ansuran dan downpayment yang anda mampu bayar.. Contohnya untuk ansuran anda tetapkan pada RM500 sebulan dan downpayment pula RM3000.. Untuk kadar faedah setiap kereta pula adalah berbeza mengikut model dan tahun dibina tetapi untuk lebih bagus kita akan membuat pengiraan berdasarkan kadar faedah yang agak tinggi, lebih kurang 4.5%..

Langkah seterusnya adalah mengira anggaran pinjaman yang anda perlu buat dengan pihak bank (jika anda merancang untuk membuat pinjaman selama 9 tahun).. Pengiraan akan menjadi seperti ini:
RM500 x 9 tahun x 12 bulan = RM54 000..
Jadi, RM54 000 adalah jumlah pinjaman yang anda perlu buat dengan pihak bank jika anda berhasrat untuk medapatkan kereta dengan ansuran bulanan RM500 selama 9 tahun..

Seterusnya adalah menentukan anggaran harga sebenar kereta yang anda mampu miliki.. Kaedah seterusnya agak rumit sedikit (guna algebra la jugak), jadi baca dengan teliti..
Formula 1:
Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = Pinjaman Bank - Faedah
Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = RM54 000 - Faedah

Formula 2:
Faedah = (Kadar faedah) x Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) x Tahun pinjaman
Faedah = (0.045) x Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) x 9 tahun

Sekarang anda boleh masukkan Formula 2 ke dalam Formula 1 dan hasilnya:
Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = RM54 000 - [0.045 x Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) x 9 tahun]
Dipermudahkan lagi formula ni akan menjadi:
Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = RM54000 - (0.405 x Harga Kereta (tidak termasuk downpayment)
Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) + (0.405 x Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = RM54 000
Langkah seterusnya memang anda perlu ingat balik algebra yang anda belajar di sekolah menengah, jadi formula seterusnya akan menjadi:
1.405 x Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = RM54 000
Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) = RM38 434

Akhirnya, harga maksimum kereta yang anda mampu milik adalah:
Harga Kereta = Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) + Downpayment
Harga Kereta = RM38 434 + RM3 000
Harga Kereta = RM41 434..
Jadi, harga maksimum kereta yang anda mampu milik adalah RM41 434..

Kaedah pengiraan dalam entri ini memang agak memeningkan sedikit tetapi kelebihannya adalah anda hanya perlu mengira sekali dan bila sudah mendapat harga kereta, anda sudah boleh mencari kereta apa yang berada dalam anggaran bajet anda.. Selamat mencuba..

p/s: Untuk lebih mudah anda boleh menggantikan terma seperti Harga Kereta (tidak termasuk downpayment) kepada X dan faedah kepada Y untuk memudahkan pengiraan.. Alaaa, macam belajar kat sekolah dulu-dulu..

2 ulasan:

  1. bagus entri tuan blog ni. ukur kewangan sendiri dulu kan? :)

    BalasPadam
  2. btol2, kalo xmampu jgn beli kereta mewah, nanti makan pasir..

    BalasPadam