Khamis, Mei 09, 2013

Sir Alex Ferguson Bersara!!

Setelah 26 tahun menjadi pengurus Manchester United, akhirnya Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraan pada akhir musim ini.. Walaupun penulis adalah penyokong tegar Arsenal tetapi penulis masih menghormati Ferguson sebagai pengurus paling berjaya di British dan sebagai musuh ketat Arsenal.. Penulis masih teringat di awal era 2000-an di mana ketika itu Arsenal dan Manchester United bersaing merebut segala kejuaraan yang dipertandingkan.. Sudah tentulah Ferguson dan Wenger juga tidak ketinggalan untuk melancarkan perang psikologi sesama sendiri..

Dengan 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 2 kejuaraan Champions League, beliau dianggap lagenda dalam bola sepak dunia.. Ditambah pula dengan kejuaraan "treble" pada tahun 1999 beliau berada dalam kelas tersendiri dan sukar untuk ditandingi oleh pengurus-pengurus lain.. Persoalannya, adakah pengganti beliau (berkemungkinan David Moyes) mempunyai kualiti untuk menandingi pencapaian Ferguson dan meneruskan tradisi Manchester United sebagai kuasa bola sepak dunia?? Dan sebagai penyokong Arsenal sudah tentulah aku mengharapkan tidak, hahaha.. Apa-apa pun, "respect" kepada Sir Alex Ferguson yang berjaya menjadikan seluruh peminat bola sepak (kecuali penyokong Manchester United) benci kepada beliau.. Moga-moga pasukan Arsenal boleh mengambil kesempatan atas persaraan Ferguson dan menewaskan Manchester United pada musim hadapan..


Salah satu detik bersejarah bagi Ferguson apabila 3 minit terakhir menjadi penentu kejuaraan "treble" untuk Manchester United..

1 ulasan:

  1. Gгeat article! Thаt іs the tуpe of
    information that shοuld be ѕhareԁ across
    thе net. Shame on the search engіnеs for not positioning this put up upρer!
    Come οn over аnԁ visіt my websitе .
    Thanκ уou =)

    Ηere is my web blog: hcg weight loss side effects
    My web page :: hcg weight loss forum

    BalasPadam