Ahad, Januari 11, 2009

Penggila Kucing, Korang Ada Sampai 15 Ekor??

Untuk entri kali ni, korang rehatkan dulu download manager korang tu, kita rilek2 je sambil layan apa yang aku nak kongsikan kali ni.. Korang ada bela kucing?? Kalo ada berapa ekor?? Untuk pengetahuan korang, populasi kucing di rumah aku telah melebihi populasi ahli keluarga aku sendiri.. So, let's berkenalan dengan kucing2 comel + tak comel kat rumah aku..


Nama makhluk ni ialah Beluk.. Kucing ni adalah kucing paling pandai dalam rumah aku.. Kenapa dia pandai?? Pasal dia boleh berkomunikasi dengan manusia terutamanya dengan bapak aku.. Bila bapak aku lambat je bagi dia makan "supper", mulalah dia marah2.. Tengok gambar kat atas tu betul2, kan dia tengah tengok jam sambil menanti makanan "supper" dia pada pukul 10-10.30 malam..


Kucing paling slenge + buncit dalam rumah aku.. Namanya adalah Taktak.. Kegemarannya adalah makan, konpem la.. Gambar kat atas tu muka tengah kekenyangan la.. Sampai boleh berbaring lagi atas katil aku..


Sekor lagi makhluk slenge dalam rumah aku.. Namanya adalah Ichigo.. Kegemarannya adalah tido.. Kalo time dia tido tu, kacau la dia camne pun, konpem tak bangun..


Makhluk ni plak adalah pakar memanjat dan dalam proses nak menjadi pakar menyelongkar tudung saji.. Namanya Pandangan.. Daripada kerusi, ke meja makan ke almari yang tinggi gedabak pun boleh panjat.. Tengok tu, nak memanjat motor aku plak.. Kucing pun teringin nak merempit eee..

Bawah ni plak adalah gambar diorang yang ditangkap beramai2.. Layankan je la..


Puas tak tengok gambar2 tu?? Bukan senang aku nak buat entri camni.. Amacam, percaya tak kat rumah aku ada banyak kucing??

8 ulasan:

  1. Percaya je.

    Aku cuma ada 2 ekor. Kat rumah sewa ni ada 6 ekor.

    Aku bukan peminat kucing. Lagi-lagi kalau jenis kucing yang berak tak reti nak istinjak.

    BalasPadam
  2. Ada sekor dah mati.. Jon jon..

    BalasPadam
  3. kakak aku kat rumah pangsa dia ada 10 ekor...

    blogwalking.. nice blog bro!

    BalasPadam
  4. rajin bro bela kucing bagus lah

    byk pahala..buat baik dgn binatang

    BalasPadam
  5. ko jage kucing... sape lak jage ko erk?
    kawen la awl erk... leh aku jdk tukang mkn... hohoho

    BalasPadam
  6. wah!! banyak giler. aku ade 3 jer. 2 pon slalu kna dera ngn aku. hihihi.

    BalasPadam
  7. rajinnya tangkap gambar kucing

    BalasPadam