Khamis, Mei 28, 2009

UEFA Champions League Final Roundup..

Barcelona vs Manchester United (2-0)
1-0 Eto'o
2-0 Messi

BD Fabregas' Man of The Match: Andres Iniesta



Roundup:
Akhirnya Thierry Henry mencapai kemuncak kerjayanya.. Walaupun orang sibuk bercerita pasal Ronaldo dan Messi, pemain yang pastinya boleh dianggap pemain paling berjaya di dunia ialah Henry.. Kenapa aku cakap macam tu?? Kerana inilah satu-satunya piala kejohanan utama yang belum pernah dikecapi oleh Henry sepanjang kariernya sebelum pagi tadi.. Dengan liga dan piala utama domestik telah dijulang di England dan Sepanyol, ditambah pula Piala Dunia dan Piala Eropah bersama Perancis dan Champions League pagi tadi, cukuplah koleksi piala yang dimenangi Henry..

Perlawanan pagi tadi memang menunjukkan Ronaldo seperti sudah tidak berminat lagi untuk bermain di Manchester.. Messi pula berjaya memenangi pertarungan Ronaldo - Messi dengan menjaringkan satu gol tapi pemain yang paling mengagumkan aku ialah Iniesta dan juga Pique.. Dua pemain ini telah mencapai status pemain handalan dan pada pengamatan aku, Iniesta dalam beberapa tahun lagi layak untuk menjadi salah satu calon Pemain Terbaik Dunia.. Jadi, tahniah Barcelona dan takziah pada Man United kerana Barcelona memang berada pada tahap yang berbeza dengan Man United pagi tadi dibantu pula dua bekas pemain Arsenal serta adik kepada salah seorang pemain Arsenal..

4 ulasan:

  1. nak jugak selitkan arsenal 2..haha

    BalasPadam
  2. kah2...
    pandai errkkk cri idea nk msukkan ars tu...

    BalasPadam
  3. d|n & ikin ~ arsenal tetap di hatiku dan henry tetap lagenda, hahaha..

    BalasPadam
  4. yeah, sangat gembira ahernya red devils kena azab jugak..haha

    BalasPadam