Rabu, Jun 17, 2009

Wonderpets..

Wonderpets wonderpets kami datang..
Membantu kawan yang kesusahan..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah..
Yeeeee wonderpets yeeeee..

Mesti ramai yang dah tahu tentang cerita wonderpets ni kan?? Pada masa cuti sebulan lebih lepas, ini adalah antara cerita yang paling banyak aku tengok sebab ianya disiarkan di TV9 setiap hari pada pukul 2.30 petang.. Wonderpets direka oleh Josh Selig dan cerita ini telah mendapat sambutan di serata dunia terutamanya Malaysia.. Untuk entri ni, aku nak ajak korang semua mendalami cerita ni..

Kita mulakan dengan watak utama dulu.. Ianya adalah seekor tikus belanda yang bernama Linny.. Linny merupakan ketua untuk team wonderpers dan dia juga adalah yang paling tua.. Linny juga merupakan ketua yang tenang dan dia selalu mengingatkan ahli-ahli wonderpets yang lain tentang kerjasama..

Ahli lain adalah Tuck dan Ming-Ming.. Tuck merupakan seekor labi-labi dan dia adalah yang paling sensitif antara semua ahli wonderpets.. Dia mempunyai sifat penyayang yang kuat dan selalu meminta ahli-ahli wonderpets yang lain untuk memeluknya.. Ming-Ming pula adalah seekor itik yang optimistik dan dia selalu menganggap dirinya hebat dan boleh melakukan sesuatu perkara tanpa bantuan orang lain.. Ming-Ming juga suka mennyebut "ini serius".


Jalan cerita wonderpets juga mudah difahami.. Ahli-ahli wonderpets ini akan menerima panggilan dan mereka akan mula menyanyi seperti di bawah ini..
Linny: Telefon, telefon berbunyi..
Ming-Ming: Telefon, kami datang..
Tuck: Telefon, telefon berbunyi..
Linny: Ada haiwan dalam bahaya..
Ming-Ming: Ada haiwan dalam bahaya..
Tuck: Ada haiwan dalam bahaya di sana..

Linny akan menangkat panggilan itu dan menerangkan masalah yang dihadapi oleh anak haiwan itu.. Kemudian mereka akan menyanyi dan kita ambil contoh daripada menyalamatkan anak swan..
Tuck: Oh anak swan, tersangkut dalam baldi..
Ming-Ming: Ini serius..
Tuck: Mesti tolong dia..
Linny: Selamatkan swan..
Semua: Selamatkan swan, selamatkan swan..
Semua: Weeeee..

Amacam, dah dapat gambaran tentang wonderpets ni?? Cakap banyak pun tak guna, apa kata korang download je episod "Wonderpets Menyelamatkan Anak Swan" daripada link download di bawah ni..
Part 1
Part 2

Pada yang nak download mp3 wonderpets ni pu boleh.. Korang gi je kat link bawah ni..

Download mp3 wonderpets

* Kredit mp3 untuk Generasi Malaysia..

5 ulasan: