Ahad, Oktober 11, 2009

Kematian Yoshito Usui..

Hmmm.. Kenapa tetiba je penulis blog a.k.a BD Fabregas ni menulis tentang kematian orang Jepun yang ntah sapa-sapa ni kan?? Jika disebut Yoshito Usui mungkin ramai yang tidak kenal tetapi jika disebut Shin Chan ataupun Shinnosuke Nohara?? Ya, Yoshito Usui ini adalah pencipta karekter Shinnosuke Nohara dan juga komik Shin Chan yang dikenali dengan nama Dik Cerdas di Malaysia..

Yoshito Usui telah mencipta komik Crayon Shin Chan sejak tahun 1990 dan komik ini masih lagi popular hingga sekarang.. Agak tragik kerana Yoshito Usui mati disebabkan jatuh daripada Gunung Arafune di daerah Gunma semasa sedang mendaki gunung tersebut pada usia 51 tahun..

Agak sedih kerana aku adalah pengumpul komik Shin Chan yang kini sudah memasuki volume ke 49 jika tak silap aku kerana komik-komik itu semuanya ada di rumah.. Malahan boleh dikatakan koleksi komik Shin Chan aku sudah 95% complete tersusun di perpustakaan komik di rumah aku.. Bagi sesapa yang nak baca tu, dipersilakan lah datang rumah yeee.. Lastly, thanks Yoshito Usui sebab telah memberikan revolusi kartun di seluruh dunia di mana tidak semestinya kartun yang dilukis dengan cantik itu sudah cukup bagus tetapi jalan cerita yang menarik lebih penting untuk menarik pembaca.. Rest In Peace..

2 ulasan:

  1. sy peminat komik ni,dan kalu awak perasan citer2 dlm shin chan vol 49 byk yang sentimental...topik kematian dan pemergian..
    hm..entah2 pakcik yoshito ni bunuh diri kot?
    btw sy selalu rasa dia ni unik, sebab citer2 die lain dr yg lain..
    so officially no more shin chan story untuk dibaca..sedihnyyyaaaa!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. wah, ade peminat shin chan fanatik cam kau gak kt sini.. betul2, vol 49 tu mmg byk yg sedih kan lg2 pasal shin chan jd cikgu tu..

    BalasPadam