Khamis, Oktober 15, 2009

Nilai Sebatang Rokok..

Dengan perkhabaran terbaru bahawa harga sebatang rokok akan dinaikkan sebanyak 1 sen, jadi kita tengok apa pendapat orang ramai tentang nilai sebatang rokok pada mereka..

Perokok Tegar: Rokok ni ibarat nyawa gua beb.. Kalau sehari tu tak abis sekotak rokok, gua tak berdaya nak idup lagi..

Perokok Tak Tegar: Aku hisap pun kalau boring2 atau tertekan je bro.. Maklumlah problem kerja la, duit la, awek lagi.. Kalau hisap rokok ni barulah tenang kepala aku..

Isteri @ Awek Perokok: Apa la yang bestnya dengan rokok tu kan?? Daripada buang duit beli rokok tu, baik belikan cincin berlian untuk I.. Barulah I tambah sayang..

Pegawai Kesihatan: Merokok ni tak baik untuk kesihatan.. Dah banyak penyakit yang kita discover dengan aktiviti merokok ni.. Eh, ko ada rokok sebat tak??

Imam Masjid: Merokok ni tarafnya makruh yang hampir-hampir haram malah ada fatwa negeri yang kata rokok tu haram.. Tapi kalau geng-geng kedai kopi tu dah hulur sebatang dua terpaksa la aku hisap jugak kan??

Kerajaan: Dah banyak kita laburkan untuk kempen "Tak Nak Merokok". Malahan kat kotak rokok pun kita dah tampal gambar-gambar penyakit.. Tapi korang semua jangan la berhenti daripada beli rokok pulak eee sebab rokok ni pun merupakan penyumbang kepada pendapatan negara jugak..

Jadi, agak-agaknya pendapat mana yang korang sokong atau korang ada pendapat lain??

4 ulasan:

  1. Memang betul, merokok dapat merusak kesehatan tapi rokok merupakan salah satu sumber devisa bagi negara... artikelnya bagus, salam kenal & thanks for sharing..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. rasa mamcam nk s0k0n awek per0k0k...
    tp ku pakwe p0n xde lagik..xleh la nak s0k0ng...

    BalasPadam
  4. salam.

    boss. sry lambat kunjung. haha. bru teringat nk jalan2 kat blog umpians.


    aku selaku tak merokok, anak kpd perokok, kwn kpd perokok mmg tak suka pd rokok..


    sbb aku ada sinus yg akn jd sgt sensitif pada asap rokok masa hidung aku flu. dan aku jgak xska org merokok dlm bilik ak sbb nnt cadar,selimut,baju, dan barang2 aku berbaur rokok.


    damn i hate rokok. busuk.


    nota kaki: maaf klu aku menyinggung mana2 pihak. tapi mmg aku xsuka. rsa mcm nk halau je org yg masuk bilik aku n merokok/smbil merokok

    BalasPadam