Isnin, Mac 05, 2012

Review Sony Ericsson W100i Spiro..

Dah lebih 7 bulan aku membeli dan menggunakan Sony Ericsson W100i Spiro dan aku nak kongsi serba sedikit pengalaman menggunakan handphone ni..

1. Features yang bagus dengan adanya built-in facebook dan twitter, tapi caj agak mahal bagi pengguna sim Celcom Xpax Prepaid seperti aku.. Aggaran lebih kurang RM2 untuk penggunaan facebook tidak sampai 5 minit atau tidak lebih dari 5 page..
2. Masalah pada message kerana dalam lebih kurang sebulan sekali, ada masalah di mana message corrupted.. Penyelesaiannya terpaksa la aku menggunakan master reset untuk reset semula handphone yang menyebabkan semua message dan contact yang tidak disimpan dalam sim terpadam..
3. Masalah bateri kerana hanya beberapa bulan selepas menggunakan, bateri akan menjadi lemah dengan sangat cepat.. Situasi yang dialami aku sekarang adalah aku terpaksa cas handphone ini setiap hari sedangkan tidak banyak panggilan masuk atau panggilan keluar yang dibuat.. Setiap hari nak kena cas handphone bro, masalah tu..
4. Handphone selalu padam sendiri.. Masalah ini biasa berlaku jika aku menekan # untuk mengaktifkan silent mode atau selepas mengambil gambar..

Pendek kata, Sony Ericsson W100i Spiro banyak memberikan masalah pada aku walaupun hanya baru menggunakan selama 7 bulan.. Jadi, jika pergi ke kedai telefon dan ingin membeli handphone ini, berhati-hatilah.. Paling penting tanya pada tokei kedai itu sama ada handphone itu adalah AP atau original.. Jika AP (harga lebih kurang RM200 ~ RM250), anda mungkin mengalami masalah yang sama.. Jika original, aku tak pasti cuma harap-harap bukanlah seperti AP ini yang banyak memberikan masalah.. Lastly, semuanya terpulang kepada anda..


2 ulasan: