Rabu, Disember 26, 2012

Tinted?? Apa Itu??

Rata-rata pemilik kereta pasti sudah biasa mendengar perkataan "tinted".. Bagi bukan pemilik kereta pun pasti kebanyakannya sudah biasa dengan perkataan "tinted" ini.. "Tinted" boleh diibaratkan sebagai keperluan asas untuk semua kereta pada masa kini kerana boleh dikatakan majoriti kereta yang berada di atas jalan sekarang mempunyai "tint" pada cermin tingkapnya.. Fenomena ini ditambah lagi dengan pemberian baucer-baucer "tinted" oleh agen penjual kereta kepada pembeli-pembelinya.. Ramai orang yang bercakap pasal "tinted" tetapi tidak ramai yang benar-benar faham tentang "tinted" ini.. Memandangkan penulis sekarang pun sedang sibuk mencari tempat untuk "tinted" kereta ini, penulis akan kongsikan sedikit informasi untuk pemilik-pemilik kenderaan yang berhasrat untuk memasang "tint" pada cermin kereta mereka..

Pertama sekali kena la tengok pada spesifikasi filem "tint" tersebut.. 3 spesifikasi besar yang biasanya akan dijadikan asas untuk filem "tint" tersebut ialah:
1. VLT (Visible Light Transmission) atau dalam bahasa melayunya ialah kadar penembusan cahaya.. Ratingnya bermula dari 0% yang bermaksud tiada langsung cahaya yang boleh menembusi (takkan ade la 0% kat dunia ni, dah tu camne nak tengok jalan kan) sehingga 100% (takde "tint" langsung).. Untuk VLT ni JPJ telah pun tetapkan had minimum 70% untuk cermin depan dan 50% untuk cermin belakang dan tepi..

2. UVR (Ultra-Violet Rejection) atau dalam bahasa melayunya kadar penghalang sinar UV.. Sinar UV memang diakui berbahaya terutamanya kepada kulit manusia (boleh kena kanser kulit tu) dan juga mempercepatkan proses pemudaran warna dalam kereta anda (warna nampak kusam dan tak cantik).. Berita baiknya kebanyakan syarikat pemasangan filem penapis haba di Malaysia ini menawarkan filem "tint" dengan UVR sehingga 99%..

3. IRR (Infra-Red Rejection) atau dalam bahasa melayunya kadar penghalang haba.. Kadang-kadang kita biasa dengar orang merungut tentang "tinted"nya yang gelap tetapi keadaan dalam kereta masih panas.. Kepanasan dalam kereta sebenarnya dipengaruhi oleh IRR ini.. Jadi, semakin tinggi peratusan IRR semakin kuranglah haba di dalam kereta anda dan anda akan merasa sejuk..

Perkara lain yang perlu ditekankan berkenaan "tinted" ini ialah mendapat kelulusan JPJ (berkaitan dengan VLT, seperti diterang di atas), boleh menerima "signal" GPS dan "Smart Tag", jenama, harga dan sudah tentunya waranti.. Bagi pencari-pencari "tinted" seperti penulis ini, buatlah pilihan yang bijak agar ianya berbaloi dengan nilai yang anda bayar..


1 ulasan: