Jumaat, Januari 25, 2013

Video Eden Hazard Sepak Budak Milo dan Kecederaan Serius Daniel Potts..

Pada 24 Januari 2013 waktu Malaysia terdapat 2 perlawanan bola sepak di England yang melibatkan Swansea vs Chelsea untuk perlawanan separuh akhir Piala Capital One dan Arsenal vs West Ham untuk Liga Perdana Inggeris.. Penulis tak mahu bercerita tentang keputusan perlawanan, video gol ataupun highlight dalam entri ini tetapi penulis nak berkongsi kejadian besar yang berlaku dalam kedua-dua perlawanan tersebut..

Untuk Swansea vs Chelsea sudah tentulah kejadian pemain berbakat Chelsea berasal dari Belgium, Eden Hazard menyepak budak pengutip bola ataupun biasa kita panggil budak milo..Kejadian ini berlaku lebih kurang pada minit 77 di mana perlawanan masih 0-0 dan Chelsea memerlukan 2 gol untuk menyamakan agregat.. Hazard dipercayai cuba untuk mengambil bola yang telah keluar padang dari budak milo yang terjatuh.. Setelah tidak berjaya Hazard mula menyepak budak itu di bahagian rusuk sebelah kanan.. Dan keputusannya, Hazard dilayangkan kad merah.. Satu fakta menarik yang diperoleh adalah budak milo itu sebenarnya anak kepada Pengarah Swansea!! Peh, berani betul Hazard sepak anak pengarah.. Tapi, yang menghairankan anak Pengarah Swansea jadi budak milo?? Hmmmm.. Kejadian ini juga mengingatkan kita kepada kes Eric Cantona membuat tendangan kungfu kepada penonton.. Ingatkah anda??


Video Hazard Sepak Budak Kutip Bola a.k.a. anak Pengarah Swansea:


Video Tendangan Kungfu Eric Cantona:


Untuk Arsenal vs West Ham pula satu kejadian lebih serius berlaku di mana seorang pertahanan West Ham berumur 18 tahun, Daniel Potts terbaring tidak sedarkan diri di atas padang dan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan kepala akibat bertembung dengan Bacary Sagna.. Potts diberikan rawatan selama lebih kurang 10 minit di atas padang oleh staf perubatan West Ham tetapi tidak berjaya.. Satu fakta menarik untuk Daniel Potts pula tarikh hari jadinya ialah 13 April iaitu satu hari lewat dari penulis.. Hahaha..


Video Kecederaan Serius Daniel Potts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan