Khamis, September 12, 2013

iPhone 5s dan iPhone 5c..

Sejak 2 hari lepas, heboh di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter memperkatakan mengenai iPhone 5s dan iPhone 5c.. Nampaknya persaingan antara syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar terutamanya Apple, Samsung dan Sony semakin sengit.. Teknologi semakin berkembang dan setiap saat ada sahaja produk baru yang dihasilkan..

iPhone 5s didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Space Gray, Gold dan juga Silver.. Saiznya pula sederhana kompak dengan berat hanya 112 gram.. Processor yang digunakan adalah A7 chip w/ 64-bit architecture serta M7 motion coprocessor.. Bagi iPhone 5c pula anda mempunyai lebih pilihan dengan warna putih, pink, kuning, biru dan juga hijau.. A6 chip digunakan sebagai processor untuk iPhone 5c..

Kedua-dua iPhone 5s dan iPhone 5c mempunyai kamera 8 megapiksel dengan 1080p HD untuk rakaman video.. Untuk Facetime Camera pula, 1.2 megapiksel gambar dengan 720p HD rakaman video..

Telefon pintar mahal-mahal dengan bermacam-macam fungsi tapi kalau bateri cepat habis pun tak guna jugak kan?? Bateri rechargeable lithium-ion telah digunakan pada kedua-dua iPhone 5s dan iPhone 5c.. Masa standby untuk iPhone 5s dan iPhone 5c ini adalah 250 jam dengan talktime on 3G sehingga 10 jam..

Jadi, adakah pembaca semua dah dapat idea serba sedikit berkenaan dengan iPhone 5s dan iPhone 5c ini?? BD Fabregas tak mampu nak tulis spesifikasi penuh untuk telefon pintar ini tetapi bagi yang berminat boleh klik pada pautan di bawah..

Spec iPhone 5s: http://www.apple.com/iphone-5s/specs/
Spec iPhone 5c: http://www.apple.com/iphone-5c/specs/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan