Jumaat, September 13, 2013

Mesut Ozil..

Sana sini orang bercerita pasal Mesut Ozil.. Tak kisah la sama ada di akhbar, facebook mahupun twitter, nama Mesut Ozil seperti menjadi fenomena dalam seminggu ke dua minggu ni.. Siapakah sebenarnya Mesut Ozil ini??

Mesut Ozil adalah pemain bola sepak antarabangsa Jerman yang kini bermain untuk kelab Arsenal di Barclays Premier League.. Ozil menjadi sebutan selepas perpindahan ke Arsenal pada 2 September 2013 iaitu beberapa jam sebelum tempoh perpindahan pemain ditutup.. Bagi peminat tegar bola sepak pasti sudah mengetahui bahawa pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger amat amat sukar mengeluarkan duit untuk membeli pemain bertaraf kelas dunia.. Untuk Ozil berjaya mencairkan hati Wenger dan membuatkan Arsenal membelanjakan lebih kurang 42.5 juta pound untuk mendapatkan khidmatnya, pasti ada sesuatu keistimewaan pada diri bintang berusia 24 tahun ini..

Karier Ozil bermula di Schalke 04 dan Werder Bremen, kelab berpangkalan di Jerman.. Persembahan memberangsangkan di Werder Bremen membuatkan Ozil dipanggil untuk mewakili skuad Jerman pada Piala Dunia 2010 dan menjadi key player untuk Jerman.. Persembahan yang mantap di Piala Dunia 2010 membuatkan kelab-kelab besar seperti Barcelona, Manchester United dan Arsenal mengintai bintang muda ini tetapi akhirnya Ozil bersetuju menandatangani kontrak di Real Madrid..

Karier Ozil di Real Madrid semakin berkembang dengan kematangan usianya.. Untuk musim 2010-2011, Ozil berjaya menjaringkan 6 gol membuat 25 assists.. Musim keduanya, 2011-2012 lebih manis di mana Ozil dengan 4 gol dan 17 assists berjaya membantu Real Madrid memenangi La Liga.. Musim 2012-2013 pula menyaksikan Ozil menamatkan La Liga dengan 9 gol dan 26 assists..

Pertukaran pengurus Real Madrid dari Jose Mourinho ke Carlo Ancelotti menimbulkan cerita bahawa Ozil akan berpindah.. Perpindahan Gareth Bale dari Tottenham Hotspurs ke Real Madrid menguatkan lagi cerita tersebut yang akhirnya menjadi realiti apabila Arsenal, Real Madrid dan Ozil sendiri bersetuju untuk melengkapkan perpindahan dari Real Madrid ke Arsenal yang bernilai 42.5 juta pound.. Kisah Mesut Ozil di Arsenal bermula dan kita bakal menyaksikan persembahan Ozil esok apabila Arsenal menentang Sunderland, harap-harap Ozil akan diturunkan.. Welcome to the Emirates our next hero, MESUT OZIL!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan