Memaparkan catatan dengan label Automotif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Automotif. Papar semua catatan

Rabu, Disember 26, 2012

Tinted?? Apa Itu??

Rata-rata pemilik kereta pasti sudah biasa mendengar perkataan "tinted".. Bagi bukan pemilik kereta pun pasti kebanyakannya sudah biasa dengan perkataan "tinted" ini.. "Tinted" boleh diibaratkan sebagai keperluan asas untuk semua kereta pada masa kini kerana boleh dikatakan majoriti kereta yang berada di atas jalan sekarang mempunyai "tint" pada cermin tingkapnya.. Fenomena ini ditambah lagi dengan pemberian baucer-baucer "tinted" oleh agen penjual kereta kepada pembeli-pembelinya.. Ramai orang yang bercakap pasal "tinted" tetapi tidak ramai yang benar-benar faham tentang "tinted" ini.. Memandangkan penulis sekarang pun sedang sibuk mencari tempat untuk "tinted" kereta ini, penulis akan kongsikan sedikit informasi untuk pemilik-pemilik kenderaan yang berhasrat untuk memasang "tint" pada cermin kereta mereka..

Pertama sekali kena la tengok pada spesifikasi filem "tint" tersebut.. 3 spesifikasi besar yang biasanya akan dijadikan asas untuk filem "tint" tersebut ialah:
1. VLT (Visible Light Transmission) atau dalam bahasa melayunya ialah kadar penembusan cahaya.. Ratingnya bermula dari 0% yang bermaksud tiada langsung cahaya yang boleh menembusi (takkan ade la 0% kat dunia ni, dah tu camne nak tengok jalan kan) sehingga 100% (takde "tint" langsung).. Untuk VLT ni JPJ telah pun tetapkan had minimum 70% untuk cermin depan dan 50% untuk cermin belakang dan tepi..

2. UVR (Ultra-Violet Rejection) atau dalam bahasa melayunya kadar penghalang sinar UV.. Sinar UV memang diakui berbahaya terutamanya kepada kulit manusia (boleh kena kanser kulit tu) dan juga mempercepatkan proses pemudaran warna dalam kereta anda (warna nampak kusam dan tak cantik).. Berita baiknya kebanyakan syarikat pemasangan filem penapis haba di Malaysia ini menawarkan filem "tint" dengan UVR sehingga 99%..

3. IRR (Infra-Red Rejection) atau dalam bahasa melayunya kadar penghalang haba.. Kadang-kadang kita biasa dengar orang merungut tentang "tinted"nya yang gelap tetapi keadaan dalam kereta masih panas.. Kepanasan dalam kereta sebenarnya dipengaruhi oleh IRR ini.. Jadi, semakin tinggi peratusan IRR semakin kuranglah haba di dalam kereta anda dan anda akan merasa sejuk..

Perkara lain yang perlu ditekankan berkenaan "tinted" ini ialah mendapat kelulusan JPJ (berkaitan dengan VLT, seperti diterang di atas), boleh menerima "signal" GPS dan "Smart Tag", jenama, harga dan sudah tentunya waranti.. Bagi pencari-pencari "tinted" seperti penulis ini, buatlah pilihan yang bijak agar ianya berbaloi dengan nilai yang anda bayar..


Ahad, September 06, 2009

Bini No 3 Aku Nak Kasut Baru..

Salam Ramadan semua.. Sejak akhir-akhir ni nampaknya post2 di blog ni makin jauh menyimpang daripada konsep blog ni yang menawarkan bahan2 terbaik untuk didownload oleh pembaca2 semua.. Harap maaf la pada pembaca2 semua yang masih setia walaupun blog ni nampaknya sudah semakin hambar.. Aku ingatkan untuk post ini aku akan mendedahkan salah satu sumber drama Melayu aku tapi nampaknya blog tersebut dah pun ditutup.. Nampaknya takde apa yang boleh aku bantu melainkan korang cari la inisiatif sendiri untuk mendownload drama-drama yang korang nak tengok..

Berbalik pada tajuk di atas, nampaknya kasut bini no 3 yang aku naru beli bulan 6 lepas buat hal la pulak.. Tengah berjalan tu boleh pulak bini no 3 aku ni terjatuh ke dalam lubang sampai bengkok kasut dia tu.. Terpaksa la pulak aku mengeluarkan RM190 untuk membeli kasur baru buat bini no 3 aku ni.. Jom tengok gambar2 yang berjaya ditangkap semasa proses menukar kasut baru bini no 3 aku ni..

Kasut lama bini no 3 aku yang bengkok

Bini no 3 aku dengan kasut barunye.. Lawa kan??

Jumaat, Jun 12, 2009

Evolusi Motor Rempit..

Untuk post-post terakhir sebelum aku merehatkan diri dahulu dalam dunia blog sementara menanti kehadiran broadband, aku nak merepek-repek dulu tentang "monster" aku.. Bagi budak laki yang ada keta sport, "monster" diorang tentulah keta sport tu.. Bagi bebudak yang belum kerja macam aku ni, motor rempit tu je la "monster" aku.. Jom kita ushar camne yang dikatakan evolusi motor rempit aku ni..

Kita mulakan dengan wajah standard motor rempit aku..


Dan ini pulak evolusi wajah yang telah dimodified..


Amacam motor rempit a.k.a monster aku, hebat tak?? Hahaha.. Agak-agak top speed dia boleh cecah 180 km/j tak??

Ahad, April 19, 2009

Proton Exora di Kuantan..

Entri kali ni kita rilek sikit.. Korang nyer download manager boleh berehat dan aku pun tak berupaya nak tulis panjang.. Aku cuma nak kongsi dengan korang gambar-gambar semasa aku berada di Proton Showroom untuk melihat dengan sendirinya Proton Exora.. Proton Exora sekarang ni kan tengah hangat diperkatakan malah blog kereta aku yang suam-suam kuku tu pun terus segar selepas topik pasal Proton Exora dibincangkan.. Jom layan..

Pandangan depan

Pandangan belakang

Pandangan sisi

Enjin Campro CPS 1.6L

Steering

Transimi automatik & pemain audio

Panel LCD

Aku nak cerita banyak pun malas pasal aku dah cerita pun tentang Proton Exora ni kat blog kereta aku.. Nak tahu lebih lanjut klik kat sini atau sini..

Isnin, April 06, 2009

Formula 1 Oh Formula 1..

Salam semua pembaca blog ini.. Pada peminat-peminat sukan bermotor, mesti korang dah tahu bahawa Formula 1 telah berlangsung di Litar Sepang semalam bersamaan 5 April.. Korang dah tahu resultnya?? Mari sini aku bagitau keputusan Formula 1 Litar Sepang semalam..

1. Jenson Button (Brawn-Mercedes)
2. Nick Heidfeld (BMW Sauber)
3. Timo Glock (Toyota)

Inilah pelumba-pelumba yang berjaya menaiki podium semalam.. Manakah pelumba-pelumba daripada McLaren Mercedes mahupun Ferrari.. Nampaknya penggunaan "diffuser" dan juga teknologi "KERS" benar-benar membantu pasukan-pasukan bawahan untuk mengupgrade kereta mereka ke satu tahap yang tidak dapat dijangka oleh pasukan-pasukan besar..

Dengan hujan lebat yang memaksa semua pelumba hanya menghabiskan maksimum 31 laps, mata untuk pelumba kali ini juga dipotong setengah yang bermakna Button hanya mendapat 5 mata walaupun bergelar juara.. Jom usha-usha sikit gambar-gambar yang berjaya aku tangkap di Litar Sepang semalam.. Sori aaa, gambar gegar pasal keta laju sangat..

Keta yang bergerak pada kelajuan 300 km/j

Pertarungan sengit Red Bull dan BMW

Keta sapa la yang spin ni

Penyampaian hadiah pada pemenang

Dengan kipas susah mati Ferrari

Dengan awek BMW Sauber

Ada gaya rider sejati tak??

Selasa, Disember 09, 2008

BD Fabregas & Kereta Baru..

Takde apa2 yg menarik pun cuma nak kongsi dgn korang gambar keta baru aku..



Tau x keta apa ni?? Inilah yang dinamakan Nissan Skyline GT-R R34.. Kalo korang nak tau lebih lanjut pasal keta ni klik di sini.. Entri ni saja je bertujuan utk mempromosikan blog keta hebat aku yang makin mendapat tumpuan dari serata dunia.. Lagi2 bleh berlagak dgn korang bila tgk Skyline R34 aku.. Hahaha..

Sabtu, April 05, 2008

Nissan GT-R

Tahun ini, Nissan dengan berbesar hatinya mengeluarkan sebijik keta yg cukup hebat..Walaupun top speednya belum dpt mengatasi Skyline Spec-Nur tapi enjinnya begitu power.. Dengan enjin berkapasiti 3.8L, dapat mengeluarkan power hingga 473 bhp pada 6000 rpm.. Top speednya mampu mencapai 193 mph atau 310.6 km/j.. Mak oiii.. Cam bawak F1.. Pecutannya juga pantas dengan mampu mencapai kelajuan 100km/j dengan hanya 3.5 saat.. Harganya plak kalo kat US ialah $66 675.. Tukar duit malaysia, lbh krg RM 250 000.. Pastu campur cukai, jadik la lbh krg RM500 000.. Tgk bentuk keta tu kt bwh, cantik kan.. Tapi lbh krg sama cam Nissan 350Z je la bentuk dia..

Image Hosted by ImageShack.us

Ahad, Mac 02, 2008

Review Motor lak...

Asik cite psl keta je, bosan gak kan.. Memandangkan harga minyak pun dah naik skg, ramai org dh mula mencari2 motor untuk menjadi pengganti keta..
Motor yg hendak direview ini adalah Yamaha 135LC.. Motor ini telah dipasarkan lebih kurang 2 tahun yg lepas dan skg menjadi antara pilihan utama penunggang motosikal.. Ini kerana motosikal ini mempunyai cc yang besar, iaitu lebih krg 135cc.. Kelajuan max yg boleh dicapai mungkin boleh mencecah 150 km/j.. malahan motor ini juga boleh maintain kelajuan max utk jangka masa yg lama kerana menggunakan sistem penyejukan cecair di samping udara.. Utk harga pula, OTR adalah lebih krg RM 6000++l..

Image Hosted by ImageShack.us

Ahad, Februari 17, 2008

Kereta Terlaju Di Dunia...

Bila saya mengutarakan topik ini, pasti ramai yang menyangka kereta tersebut pastinya Mercedez SLR McLaren, Lamborghini Murcielago LP640 ataupun Bugatti Veyron.. Tetapi semua jawapan itu meleset sama sekali.. Kereta yang diperakui mempunyai top speed tertinggi di dunia ialah SSC Ultimate Aero yang dikeluarkan pada tahun 2007.. Dengan berbekalkan enjin Chevrolet V8 berkapasiti 6.3L dan kuasa twin turbo, kereta ini mampu mengeluarkan sehingga 879.9 kW atau 1180 bhp pada 6950 rpm.. Dengan kuasa yang sebegitu besar, kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum 411.7 km/j dan 100 km/j dalam masa 2.78 saat..

Image Hosted by ImageShack.us