Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 09, 2010

Blog Kucing..

Entri ni ditulis untuk memberitahu bahawa sebuah blog berkaitan dengan kucing telah dibina oleh Zool Ligakampung dan BD Fabregas sebagai penulis tamunya.. Kalau ada masa-masa lapang tu bolehlah pegi lepak-lepak kat blog tu yang beralamat di http://catzinmyhouse.blogspot.com..

Rabu, Disember 16, 2009

First Youtube Video Daripada Aku..

Rasanya ramai dah tahu blog ni specialitynya adalah media-media untuk didownload.. Bermakna aku telah meneroka alam penguploadan ni hampir 2 tahun lamanya bersamaan dengann umur blog ni.. So, aku telah mengorak langkah dengan mengupload video ke youtube pulak yang boleh korang saksikan di bawah ni..



Apa pendapat korang dengan first masterpiece aku ni??

Ahad, Januari 11, 2009

Penggila Kucing, Korang Ada Sampai 15 Ekor??

Untuk entri kali ni, korang rehatkan dulu download manager korang tu, kita rilek2 je sambil layan apa yang aku nak kongsikan kali ni.. Korang ada bela kucing?? Kalo ada berapa ekor?? Untuk pengetahuan korang, populasi kucing di rumah aku telah melebihi populasi ahli keluarga aku sendiri.. So, let's berkenalan dengan kucing2 comel + tak comel kat rumah aku..


Nama makhluk ni ialah Beluk.. Kucing ni adalah kucing paling pandai dalam rumah aku.. Kenapa dia pandai?? Pasal dia boleh berkomunikasi dengan manusia terutamanya dengan bapak aku.. Bila bapak aku lambat je bagi dia makan "supper", mulalah dia marah2.. Tengok gambar kat atas tu betul2, kan dia tengah tengok jam sambil menanti makanan "supper" dia pada pukul 10-10.30 malam..


Kucing paling slenge + buncit dalam rumah aku.. Namanya adalah Taktak.. Kegemarannya adalah makan, konpem la.. Gambar kat atas tu muka tengah kekenyangan la.. Sampai boleh berbaring lagi atas katil aku..


Sekor lagi makhluk slenge dalam rumah aku.. Namanya adalah Ichigo.. Kegemarannya adalah tido.. Kalo time dia tido tu, kacau la dia camne pun, konpem tak bangun..


Makhluk ni plak adalah pakar memanjat dan dalam proses nak menjadi pakar menyelongkar tudung saji.. Namanya Pandangan.. Daripada kerusi, ke meja makan ke almari yang tinggi gedabak pun boleh panjat.. Tengok tu, nak memanjat motor aku plak.. Kucing pun teringin nak merempit eee..

Bawah ni plak adalah gambar diorang yang ditangkap beramai2.. Layankan je la..


Puas tak tengok gambar2 tu?? Bukan senang aku nak buat entri camni.. Amacam, percaya tak kat rumah aku ada banyak kucing??