Memaparkan catatan dengan label Lain lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain lain. Papar semua catatan

Khamis, April 18, 2013

Aku Atau Blog Yang Down??

Entri ni sengaja ditulis kerana penulis tidak faham kenapa status Glitterati Nuffnang telah ditarik?? Penulis ingatkan mungkin ada kesilapan teknikal jadi penulis pun biarkan saja.. Selepas hampir 2 bulan status masih lagi di tahap Non-Glitterati dan ini betul-betul memberi kemusykilan kerana dalam blog penulis tiada mana-mana satu pun yang berdaftar dengan lain-lain ejen pengiklanan selain Nuffnang.. Diharapkan team crawler Nuffnang mengambil langkah segera kerana penulis terus jadi tak bersemangat untuk berblogging lagi selepas status menjadi Non-Glitterati..


Khamis, Mei 10, 2012

Video Mak Pukul Anak..

Tak terkata aku tengok video ni.. Apalah salah bayi tu sampai sanggup pompuan tu pukul anaknya yang masih bayi lagi.. Tak sedar ke dia yang anaknya bernyawa dan jika ditakdirkan bayi tu mati camne?? Kalau binatang seperti anjing dan babi pun sayangkan anaknya, pompuan ni boleh diibaratkan bertaraf lebih rendah daripada anjing dan babi.. Yang menambahkan kepelikan aku kenapa la ade orang dok sibuk merakam video ni padahal dia boleh membantu bayi tu, sampaikan video ni boleh tersebar ke internet.. Si pompuan a.k.a mak bayi yang bernama Ira ni betul-betul dah memalukan satu Malaysia sebab ramai orang seberang dah tengok video ni, menggambarkan betapa kejamnya orang Malaysia.. Seperti kata pepatah, seekor kerbau terkena lumpur, yang lain pun terpalit juga.. Korang tengok je la video kat bawah ni..

Selasa, Mac 06, 2012

Sebulan Bersama P1 Wimax..

Lebih kurang sebulan aku telah menggunakan perkhidmatan internet daripada P1.. Satu perkataan sahaja diperlukan iaitu SUPERB!! Teknologi 4G yang diperkenalkan P1 memang betul-betul memberikan keselesaan kepada aku sama ada untuk melayari internet atau mendownload lagu-lagu dan video-video terkini.. Bagaimana pula dengan syarikat pembekal internet yang lain?? Mari kita bandingkan perkhidmatan dan harga yang ditawarkan (berdasarkan pada plan P1 yang sedang aku gunakan)..

P1 Wimax:
Speed: Up to 2Mbps
Usage Quota: 3GB
Monthly: RM59

Celcom Broadband:
Speed: Up to 1.5Mbps
Usage Quota: 4GB
Monthly: RM68

Maxis Broadband:
Speed: Up to 1Mbps
Usage Quota: 1.5GB
Monthly: RM58

Digi Broadband:
Speed: Up to 700kbps
Usage Quota: 3GB
Monthly: RM63

U Mobile Broadband:
Speed: Up to 7.2Mbps
Usage Quota: 5GB
Monthly: RM68 

Jadi, yang mana menjadi pilihan anda atau yang mana anda sedang gunakan sekarang?? Yang penting sekali sebelum memilih mana-mana perkhidmatan internet pastikan tempat tinggal anda mendapat coverage kerana jika speed yang ditawarkan setinggi gunung pun anda hanya mendapat speed yang setinggi pembaris 30cm sahaja jika coverage di tempat anda tidak sampai ke tahap memuaskan..


Isnin, Mac 05, 2012

Review Sony Ericsson W100i Spiro..

Dah lebih 7 bulan aku membeli dan menggunakan Sony Ericsson W100i Spiro dan aku nak kongsi serba sedikit pengalaman menggunakan handphone ni..

1. Features yang bagus dengan adanya built-in facebook dan twitter, tapi caj agak mahal bagi pengguna sim Celcom Xpax Prepaid seperti aku.. Aggaran lebih kurang RM2 untuk penggunaan facebook tidak sampai 5 minit atau tidak lebih dari 5 page..
2. Masalah pada message kerana dalam lebih kurang sebulan sekali, ada masalah di mana message corrupted.. Penyelesaiannya terpaksa la aku menggunakan master reset untuk reset semula handphone yang menyebabkan semua message dan contact yang tidak disimpan dalam sim terpadam..
3. Masalah bateri kerana hanya beberapa bulan selepas menggunakan, bateri akan menjadi lemah dengan sangat cepat.. Situasi yang dialami aku sekarang adalah aku terpaksa cas handphone ini setiap hari sedangkan tidak banyak panggilan masuk atau panggilan keluar yang dibuat.. Setiap hari nak kena cas handphone bro, masalah tu..
4. Handphone selalu padam sendiri.. Masalah ini biasa berlaku jika aku menekan # untuk mengaktifkan silent mode atau selepas mengambil gambar..

Pendek kata, Sony Ericsson W100i Spiro banyak memberikan masalah pada aku walaupun hanya baru menggunakan selama 7 bulan.. Jadi, jika pergi ke kedai telefon dan ingin membeli handphone ini, berhati-hatilah.. Paling penting tanya pada tokei kedai itu sama ada handphone itu adalah AP atau original.. Jika AP (harga lebih kurang RM200 ~ RM250), anda mungkin mengalami masalah yang sama.. Jika original, aku tak pasti cuma harap-harap bukanlah seperti AP ini yang banyak memberikan masalah.. Lastly, semuanya terpulang kepada anda..


Khamis, Januari 27, 2011

Boot Screen Stylo..

Jika korang pengguna Microsoft Windows XP, mesti korang dah biasa tengok boot screen seperti di bawah ini kan..
Bapak bosan tiap-tiap kali on komputer atau laptop sahaja, boot screen ini mesti keluar.. Tak terfikir ke korang nak dapatkan boot screen yang sedikit stylo sekurang-kurangnya seperti di bawah ini..Hanya berbekalkan sedikit kekreatifan photoshop dan juga TuneUp Styler, korang boleh mendapatkan boot screen yang lebih gempak yang akan membuatkan kawan-kawan korang berkata "wow, camne ko buat ni??" Jadi, dapatkan Adobe Photoshop dan Tune Up Utilities di kedai-kedai komputer berdekatan, ori je tau (cam la aku pakai yang ori) dan bak kata General Manager aku "if you get something, you must have initiative to explore it."

Selasa, Januari 04, 2011

Jawatan Kosong..

Berita baik kepada pencari kerja!! Dengan sukacitanya aku mengumumkan bahawa aku memerlukan seorang Production Clerk untuk menggantikan clerk aku yang telah berhenti lebih kurang 2 bulan yang lepas.. Beberapa calon telah pun dinilai dan aku masih kurang berpuas hati.. So, kepada sesiapa yang nak mencuba nasib, bolehlah menghantarkan resume anda kepada zabidi.mohd@promac.com.my.. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang tinggal di kawasan Klang dan Selangor sahaja.. Tetapi kalau sesiapa yang bukan orang Selangor nak mencuba nasib pun, dialu-alukan yeee.. Seorang pertanyaan bolehlah mengutarakan di ruangan komen untuk entri ini atau facebook aku..

Sabtu, Disember 11, 2010

Blog BD Fabregas Bakal Dikuburkan!!

Dalam bulan depan, genaplah 3 tahun blog bernama BD Fabregas ini menjengah ke browser-browser anda.. Dalam masa hampir 3 tahun ini juga, telah banyak bahan-bahan yang telah dikongsi oleh penulis untuk anda semua.. Daripada drama tv ke lagu lagu terhangat, diharapkan blog picisan ini berjaya memberikan apa yang anda semua mahukan..

Dengan ini, penulis mengumumkan akan menguburkan blog BD Fabregas ini berkuatkuasa serta-merta.. Pengkuburan ini terpaksa dilakukan setelah beberapa usaha pihak-pihak tertentu untuk mengelakkan daripada sharing video dan lagu berleluasa di arena blogging.. Bermula daripada TV3 yang telah berjaya menukar url video mereka supaya url tersebut tidak berjaya dikongsi untuk didownload sehinggalah pihak DMCA (Digital Millenium Copyright Acts) yang memberi amaran di e-mel dan juga pihak Blogger yang dengan sesuka hatinya meremove beberapa entri aku..

Untuk pengkuburan ini, aku masih lagi belum memastikan samada untuk mengkuburkan terus ataupun hanya mengkuburkan konsep blog ini yang diketahui ramai adalah Blog Download.. Jika dalam masa beberapa hari atau minggu, masih terdapat entri dalam blog ini, maksudnya blog ini masih lagi hidup cuma mungkin konsepnya sahaja dikuburkan.. Tapi blog ini masih akan dikekalkan di Internet kalau-kalau masih ada pengunjung yang masih ingin mendownload bahan-bahan lama yang sudah terdapat dalam blog ini..

Akhir sekali, terima kasih pada semua kerana sudi membuang masa anda melawat blog ini.. Jika blog ini sudah bertukar konsep, harap-harap anda masih lagi sudi membuang masa melawat ke blog ini..

Jumaat, November 05, 2010

Video Gempar Nepal..

Korang pernah bergaul dengan orang Nepal tak?? Agak-agaknya apa la yang diorang akan buat kalau terlalu gembira kan.. Lebih spesifik lagi, kalau mereka berada dalam bas dan videoklip lagu hidustan sedang ditayangkan di televisyen.. Apa agaknya reaksi diorang kan?? Kalau nak tahu, play video youtube kat bawah ni atau download kalau korang rasa nak jadikan koleksi korang..



Download Video Nepal Beraksi Dalam Bas

Jumaat, Oktober 08, 2010

Hari Konvokesyen..

Entri ini ditulis lebih kurang pukul 2.30 pagi hari Jumaat.. Ini menunjukkan bahawa hari ini aku akan bertolak ke Kuantan dan kembali ke UMP yang telah ditinggalkan lebih setahun yang lalu.. Ini juga bermakna bahawa aku akan bergelar graduan pada esok hari iaitu hari Sabtu.. So, kepada bakal-bakal graduan UMP yang akan bergraduat pada esok hari, tahniah diucapkan.. Jika ada kesempatan, kita bakal berjumpa di sana yeeee..

Rabu, Februari 17, 2010

IMGLAD B5..

Entri kali ni langsung tidak berkaitan dengan tema blog ni.. Entri ni ditulis khas untuk rakan-rakan yang sekarang sedang berada di Johor Bahru untuk menjalani program IMGLAD iaitu Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assesment & Development.. Program ni bertujuan untuk melatih lepasan graduan supaya mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam alam pekerjaan nanti..

Untuk group aku iaitu B5, korang memang yang terbaik la.. Walaupun kita hanya berkenalan tak sampai pun 2 minggu, tapi korang telah meninggalkan kenangan kepada aku.. Trainer kitorang pun amatlah bestnye hingga aku rasa macam nak ada bos macam dia masa kerja nanti..

Sebagai mantan presiden, aku nak menasihatkan kepada member-member IMGLAD Group B5 supaya mengikut segala arahan yang diberikan oleh trainer.. Jangan malas-malas dan cubalah involve dalam segala aktiviti, ok.. Akhir kata, selamat tinggal untuk trainer, member-member dan juga skandal aku kat sana (hahaha).. Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa.. Kat bawah ada gambar-gambar serta video-video untuk menggambarkan betapa seronoknya berada dalam group B5 yang terbaik ni..






Dan lagu di bawah ni ditujukan khas untuk korang semua bebudak IMGLAD B5.. Semoga korang berbahagia selalu..


Rabu, Disember 23, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal..

Hidup berani untuk gagal. Apakah sebenarnya maksud pernyataan tersebut? Kita selalu disogokkan dengan pernyataan bahawa orang yang gagal akan terus gagal sedangkan kita tidak tahu bahawa kegagalan sebenarnya merupakan satu dimensi baru kepada seseorang. Sebenarnya di dunia ini ada 3 golongan manusia yang akan bertindakbalas terhadap kegagalan. Golongan pertama adalah orang yang akan terus bangkit selepas mengalami kegagalan dan orang seperti ini biasanya akan berjaya dalam hidup. Golongan kedua adalah orang yang akan terpinga-pinga dahulu dan kemudian akan bangkit secara perlahan-perlahan. Golongan ketiga pula adalah golongan yang akan terus menangisi kegagalannya dan tidak mahu bertindakbalas terhadap kegagalan itu kerana takut akan gagal lagi untuk kali yang keseterusnya. Untuk lebih terperinci, mari kita tanya pendapat orang ramai tentang berani untuk gagal ini.

Atlet: Dulu aku memang asyik gagal je pergi mana-mana kejohanan tapi sekarang ni aku asyik menang je pasal ambik steroid. Amacam, berani tak aku?

Pelajar: Kalau belajar tu memang aku tergolong dalam pelajar yang gagal tapi kalau bab buli-membuli, hisap rokok dan fly ni memang akulah pelajar paling berani sekali.

Mat rempit: Gagal hari ni tak bermaksud aku gagal esok beb. Yang penting bila jadi mat rempit ni, kena la berani bawak laju-laju, buat superman, pacak ngan wikang kan?

Perompak bank: Hidup kena ada strategi. Berani macam mana pun nak pergi merompak, kalau takde strategi mesti gagal jugak nanti.

Ahli politik: Berani kerana benar tapi sebab takut gagal, kena la aku memberanikan diri untuk merasuah pengundi-pengundi.

Anda dah dengar pengakuan ikhlas dari beberapa golongan yang mengupas tentang berani untuk gagal ni. Persoalannya, adakah keberanian kita cukup untuk menghadapi kegagalan demi kegagalan yang bakal menimpa di masa akan datang? Lu pikirlah sendiri.

Aiyaaa, kenapa la si BD Fabregas ni buat entri yang terlebih mengarut macam pakar motivasi pulak ni eeekk?? Ini adalah disebabkan aku nak menyertai contest yang dianjurkan oleh Denaihati dan disponsor oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.. Aku tahu contest ni daripada Encik Zool Ligakampung dan blog Topo.. Kalau korang-korang nak cuba nasib tu bolehlah tengok syarat-syarat contest tu kat sini..

Sabtu, Disember 05, 2009

Berakhirlah Kisah di 'Shit'sonair..

Rasa-rasanya ramai pembaca yang dah tau bahawa blog ini bersawang seketika untuk beberapa bulan disebabkan kesibukan penulis menjalani latihan industri.. Maklumlah, penulis pun nak grad jugak, so kenalah praktikal betul-betul kan.. Takde pape pun nak tulis dalam entri sempena kepulangan aku ke dunia blog ni cuma nak ucapkan selamat tinggal untuk awek-awek Bukit Sentosa ( awek ke bini orang??) terutamanya "Manohara Siam".. Kalo dapat keja kat Bukit Beruntung tu boleh la jumpa lagi.. Lastly, nak bagi korang tengok Mat-mat Bangla, Nepal, Myanmar dan terselit lak sorang mat Malaysia yang kerja kat 'Shit'sonair tu..

Pada awek-awek yang minat muka cam Hindustan, mana satu pilihan korang?? Hahaha..

Ahad, September 06, 2009

Bini No 3 Aku Nak Kasut Baru..

Salam Ramadan semua.. Sejak akhir-akhir ni nampaknya post2 di blog ni makin jauh menyimpang daripada konsep blog ni yang menawarkan bahan2 terbaik untuk didownload oleh pembaca2 semua.. Harap maaf la pada pembaca2 semua yang masih setia walaupun blog ni nampaknya sudah semakin hambar.. Aku ingatkan untuk post ini aku akan mendedahkan salah satu sumber drama Melayu aku tapi nampaknya blog tersebut dah pun ditutup.. Nampaknya takde apa yang boleh aku bantu melainkan korang cari la inisiatif sendiri untuk mendownload drama-drama yang korang nak tengok..

Berbalik pada tajuk di atas, nampaknya kasut bini no 3 yang aku naru beli bulan 6 lepas buat hal la pulak.. Tengah berjalan tu boleh pulak bini no 3 aku ni terjatuh ke dalam lubang sampai bengkok kasut dia tu.. Terpaksa la pulak aku mengeluarkan RM190 untuk membeli kasur baru buat bini no 3 aku ni.. Jom tengok gambar2 yang berjaya ditangkap semasa proses menukar kasut baru bini no 3 aku ni..

Kasut lama bini no 3 aku yang bengkok

Bini no 3 aku dengan kasut barunye.. Lawa kan??

Sabtu, Julai 04, 2009

BD Fabregas Kini PR3..

Dalam keadaan aku yang tiada internet malahan sibuk dalam praktikal ni, aku mintak maaf sangat-sangat la kepada peminat-peminat blog ini yang agak kecewa kerana aku dah lama tak mengupdate blog ni.. So, kalau korang boleh bersabar sampai aku berjaya medapatkan broadband nanti, korang bersabar je la eee dan kalau tak boleh bersabar, korang terpaksalah mencari sumber-sumber lain.. Entri ni pun hanya ditulis di CC, so takde la banyak masa sangat.. Entri ni sekadar untuk mengisytiharkan kepada semua bahawa blog ni sudah naik ke PR3.. Tak tahu PR tu apa, korang pergilah belajar dengan encik Google.. Buktinya ada di bawah..


Sebenarnya aku saja je nak ucap terima kasih pada korang sebab tanpa korang, konpem-konpem la blog ni takkan ada Google Page Rank pun.. So, terima kasih pada semua.. Korang semua bersabar je la sampai aku dapat broadband nanti yeee..

Khamis, Jun 04, 2009

Pisang Berbuah Dua Kali..

Aik, cam lari konsep je tajuk di atas dengan blog ni.. Korang mesti selalu dengar pepatah "pisang berbuah dua kali" kan?? Pepatah ni popular terutamanya kepada awek-awek yang baru putus cinta sebab diorang tak nak perkara yang sama berulang lagi iaitu putus cinta.. Cukup dengan pepatah, aku sebenarnya nak share dengan korang pisang yang betul-betul berbuah dua kali.. Bagi yang tak tau, pokok pisang yang telah diambil buahnya akan ditebang supaya baja dapat disalurkan ke pokok pisang yang lain.. So, camne pokok pisang boleh berbuah dua kali eekk?? Korang saksikan je la bukti di bawah..


Tanpa ada daun pun, pisang tu boleh tumbuh dari batang pokok pisang yang ditebang tu.. Inilah keajaiban alam.. Gambar ini real tau, tiada photoshop punyeee..

Rabu, Februari 25, 2009

Perbualan Bengong..

Untuk entri kali ni, korang boleh rehatkan kejap download manager korang yang dalam seminggu ni bekerja keras kan.. So, sementara korang merehatkan minda tu ataupun tengah menunggu fail-fail siap didownload, apa kata korang baca sedikit perbualan yang aku rasa menarik untuk dipaparkan.. Bahan ni aku dapat daripada seorang blogger, David yang rajin jugak menyinggah ke sini.. So, korang layankan..

Perbualan 1:
BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.
BOY : ....

Perbualan 2:
GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??
GIRL : ....

Perbualan 3:
WIFE : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other..
HUSBAND : You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.

Perbualan 4:
Teacher : 'Sam, you talk a lot !'
Sam : 'It's a family tradition'..

Teacher : 'What do you mean?'

Sam : 'Sir, my grandpa was a street hawker, my father is a teacher'.

Teacher : 'What about your mother?'

Sam : 'She's a woman'.


Perbualan 5:
Patient : 'What are the chances of my recovering doctor?'
Doctor : 'One hundred percent. Medical records show that nine out of ten people die of the disease you have. Yours is the tenth case I've treated. The others all died'..

Pada korang yang x paham tu pandai-pandai la gi cari kamus eee.. Kalo nak baca yang selebihnya silalah pergi ke blog David..

Isnin, Februari 02, 2009

End Year Review..

Dalam 2 bulan yang lepas, aku telah membuka poll untuk korang vote tentang impresi korang terhadap blog BD Fabregas ini.. Di bawah ini adalah keputusannya..

Anda rasa blog ini..
1. Ok la, bleh ditingkatkan lagi (35%)..
Terima kasih pada yang mengundi.. Blog ini memerlukan sokongan anda dan aku akan meningkatkan kualiti blog ini lagi..

2. Best kaw2 tiaw (29%)..
Wau, ada jugak yang mengundi yang ni ee.. Terima kasih kerana sudi memberikan sokongan padu terhadap kewujudan blog yang tak seberapa ni..

3. Biasa jek (14%)..
Emmm, aku pun rasa blog ini biasa jek.. Mungkin aku belum menjumpai lagi elemen2 menarik yang bakal membezakan blog ini dengan blog2 tipikal yang lain..

4. Cam hampeh (12%)..
Blog ini memang terlalu banyak kekurangan lagi.. Tapi banyak2 terima kasih kepada anda kerana masih sudi singgah dan vote walaupun blog ini cam hampeh jek..

5. Takkan ku jejak ke blog ni lagi (7%)..
Juga diucapkan terima kasih kerana masih sudi menjejak walaupun sekali sambil mengevote blog ini.. Mungkin anda takkan membaca entri ini tapi kepada kawan2 diorang ni, tolong ucapkan terima kasih aku kepada diorang dan cakap aku mengalu2kan untuk diorang menjejakkan kaki ke blog ini buat kali ke-2, 3, 4 dan seterusnya..

Khamis, Januari 22, 2009

Internet Download Manager 5.15 Setup..

Kepada kaki2 download dan juga pembaca blog ini, apakah download manager yang anda gunakan?? Adakah Download Accelerator Plus atau Flash Get?? Kalau anda sume masih menggunakan download manager seperti yang disebut di atas, anda memang rugi melayari blog ini.. Lebih rugi lagi jika anda langsung tidak menggunakan sebarang download manager..

Untuk mengoptimumkan masa downloading anda, apa kata anda berubah kepada Internet Download Manager (IDM).. IDM diperakui sebagai download manager terbaik yang pernah dihasilkan.. Bagi yang memang menggunakan IDM, mari2 download IDM 5.15 ni.. Dengan IDM 5.15 ini, anda boleh mendownload apa sahaja fail berformat flv yang sedang dimainkan di website.. Menarik kan?? Contoh seperti di bawah ini..


Lepas ni kena ban la aku dengan TV3 pasal bagitau cara nak download Anugerah Juara Lagu ni..

Download Internet Download Manager 5.15 Setup

Selepas download, anda extract dan run installer IDM.. Selepas complete install, exit IDM dan copy patch ke folder Internet Download Manager.. Run patch dan kemudian berseronoklah anda mendownload..

Pada yang mengalami masalah dengan antivirus, anda tidak perlu risau.. Jika antivirus anda detect trojan pada patch tersebut, jangan serta-merta delete tetapi ignore sahaja ataupun buat exception untuk folder tersebut.. Patch itu sebenarnya bukanlah virus tetapi suspicious file yang diragui sumbernya.. Dan kemudian, install sahaja seperti step di atas dan buat juga exception untuk folder IDM pada Program Files tersebut atau ignore jika terdapat detect trojan pada patch..

Ahad, Januari 04, 2009

Iklan Astro Megadrama..

Jika anda pelanggan Astro, pasti dah selalu melihat iklan astro megadrama ini di saluran Astro.. Iklan ini diadakan bersempena dengan kempen Megadrama yang memberikan pelanggan2 Astro drama2 yang terbaik dari ladang untuk ditonton.. Bagi yang tiada Astro pula, korang juga boleh menyaksikan iklan ini di sini.. Satu perkara yang aku nak cakap ialah iklan ini antara iklan terbaik yang pernah aku tonton dan ianya menarik.. So, apa tunggu lagi, tengok je kat bawah ni..



Tak bleh tengok Youtube kat tempat korang, mai2 download kat bawah ni..
Download Iklan Astro Megadrama

Jumaat, Disember 19, 2008

Mat Rempit & Engineer..

Tjuknya nampak pelik sikit kan?? Ye la, apa kaitannya mat rempit dengan engineer.. Walaupun aku bukanlah bekas mat rempit dan belum lagi bergelar engineer, aku nak kaitkan mat rempit dengan engineer melalui sesi temubual di bawah ini yang menampilkan Najem (bukan nama sebenar), si mat rempit cabuk dan BD (juga bukan nama sebenar), seorang engineer berbakat..

Soalan 1: Kenapakah mat rempit suka berlumba pada waktu malam??
Najem: Waktu malam la best bro.. Keta pun kurang, pastu kalo kena kejar polis senang sket nak lari pasal polis tak nampak..
BD: Pada waktu malam, udara lebih mampat.. Ini bermaksud tekanan udara lebih tinggi dan bila udara bertekanan tinggi ni masuk ke enjin motor, kuasa motor dapat ditingkatkan dan motor boleh pergi lagi laju..

Soalan 2: Kenapa mat rempit suka buat aksi superman??
Najem: Baru la gaya bro.. Gua dah bosan la naik motor biasa2 ni.. Lagipun, kawan gua kata naik motor camni baru feel..
BD: Dengan membuat aksi superman, luas permukaan yang menghadap udara yang datang dari depan dapat dikurangkan.. Fenomena ini dinamakan drag force di mana terdapat rintangan udara yang menghalang kita maju ke depan.. Mengikut formula drag force, apabila luas permukaan menghadap udara dapat dikurangkan, rintangan udara juga dapat dikurangkan.. Apabila rintangan udara kurang, motor dapat bergerak lebih laju..

Soalan 3: Kenapa pakai sport rim??
Najem: Ntah la bro, gua tengok lawa gua angkat je la.. Lagipun, minah2 rempit suka tengok gua nyer sport rim ni bro..
BD: Sport rim sebenarnya dibina menggunakan aloi iaitu gabungan unsur2 logam.. Dengan menggunakan aloi, satu bahan yang keras tapi ringan dapat dihasilkan.. Bila ringan, power-to-weight ratio untuk motor tu dapat ditingkatkan dan hasilnya motor hanya membawa beban yang ringan dan sudah semestinya dapat bergerak lebih laju..

Kesimpulannya, mat rempit dan engineer menggunakan cara yang sama tapi sebab yang berlainan.. Mat rempit menggunakan sedikit pemikiran mereka dan juga mengikut orang lain sementara engineer menggunakan pemikiran dan pengetahuan mereka.. So, kepada yang nak merempit tu, korang pegilah belajar tinggi2 dulu supaya nanti korang gak yang dapat menggunakan pengetahuan korang untuk membantu korang menang dalam aktiviti merempit..

Image Hosted by ImageShack.us