Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 08, 2011

Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2..

Agak ketinggalan juga aku untuk mengupdate pasal Harry Potter sedangkan dah lebih 2 minggu cerita tu ditayangkan di pawagam.. Teruja juga dapat menyaksikan sekuel terakhir Harry Potter berformatkan 3D.. Wau, seronok juga tengok wayang 3D ni tapi untuk filem Harry Potter ni, agak tak berbaloi untuk menonton dalam format 3D..


Rabu, Mac 23, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa..

Wau!! Itu sahaja yang dapat aku perkatakan setelah menonton filem ini di pawagam.. Pertama kali aku merasakan duit yang aku bayar untuk menonton sebuah filem melayu teramat berbaloi.. Filem ini memang mempunyai ciri-ciri untuk menjadi sebuah filem yang berada di suatu kelas tersendiri dalam industri filem Malaysia.. Dari segi visual, audio, jalan cerita, plot mahupun watak serta pelakonnya, semua adalah yang terbaeeekkk.. Kesimpulannya, bagi yang belum menonton, sila-silalah ke pawagam berhampiran untuk menonton filem ini..

Rabu, Disember 30, 2009

Review Filem Sherlock Holmes..

Rasa-rasa korang la apa cerita yang korang nak tengok kat wayang sekarang?? Peminat filem Melayu mesti akan kata Santau sementara peminat filem inggeris pula mungkin akan mengatakan Avatar.. Ini terbukti bila tengok jumlah tiket untuk filem Avatar tadi cepat dijual.. Tapi untuk entri ni aku nak review cerita yang aku baru tengok tadi iaitu Sherlock Holmes.. Peminat-peminat komik Penyiasat Remaja dan Detektif Conan mesti teruja nak tengok filem ni kan..

Bagi aku, Sherlock Holmes memang wajib ditonton bagi anda yang meminati cerita-cerita berkaitan dengan penyiasatan dan deduktif ini.. Jalan ceritanya disusun cantik dan mudah difahami.. Bagi yang nak tengok effect-effect ataupun sound system yang power memang takde dalam filem ni.. Filem ni sesuai untk tontonan ringan dan bagusnya, di akhir cerita ni Sherlock Holmes akan memberikan kesimpulan terhadap segala misteri-misteri yang menghantui kepala otak kita sepanjang menonton filem ni.. So, apa lagi.. Aku sarankan pergi menonton filem ni kerana aku bagi rating cerita ni 8.2/10..