Memaparkan catatan dengan label K-Pop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label K-Pop. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 10, 2013

2013 Asia Super Showcase Ditangguhkan..

2013 Asia Super Showcase yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada hari Ahad ini ditangguhkan sehingga pemberitahuan.. Bagi yang tidak tahu, 2013 Asia Super Showcase adalah konsert yang menampilkan artis berkumpulan K-Pop iaitu Girls' Generation, AOA dan Shinhwa.. Lagipun banyak juga media massa yang menyiarkan iklan di saluran mereka serta ada juga yang memberikan tiket percuma kepada pendengar atau penonton bertuah.. Penulis tak pernah dengar lagu dari AOA dan Shinhwa ni cuma penulis nak kongsikan dengan pembaca lagu Girls' Generation yang semakin melonjak-lonjak popular sekarang ni iaitu "I Got A Boy"..




Rabu, Mei 08, 2013

Gwiyomi..

Tiba-tiba je dalam 2 bulan kebelakangan ni fenomena Gwiyomi melanda seluruh dunia.. Pada mulanya penulis pun tak berapa tahu apa bendanya Gwiyomi ni.. Setelah menonton beberapa video Gwiyomi barulah faham tentang Gwiyomi ni.. Untuk entri ni, penulis cuma nak kongsikan video Gwiyomi yang menjadi viral di seluruh dunia ni..

Gwiyomi dari awek Korea.. Sehingga entri ini ditulis, video ini dah ditonton hampir 7 juta..


Gwiyomi dari awek Malaysia lak.. Video ni pun dah ditonton lebih 1 juta..


Artis Malaysia pun nak try gak.. Video dari Wawa Zainal..


Dan yang terakhir, Gwiyomi paling comel pernah ditonton.. Rugi kalau tak tengok..

Khamis, November 22, 2012

Videoklip Bigbang - Monster..

Demam K-Pop nampaknya telah melanda seluruh dunia terutamanya Malaysia sekarang.. Untuk mengelakkan blog ni dari ketinggalan tsunami K-Pop ni, entri ni akan berkongsi dengan pembaca semua videoklip kumpulan Bigbang yang bertajuk Monster.. Bigbang ni pun nampaknya dah bersiap sedia nak mendominasi negara kita lebih-lebih lagi dengan konsert mereka di sini baru-baru ni.. Jom layan..

Rabu, Oktober 10, 2012

PSY - Gangnam Style Videoklip..

Adakah anda peminat K-Pop?? Kalau anda peminat tegar memang kenal sangat la mamat bernama Psy ni tapi kalau anda bukan peminat pun mungkin selalu mendengar lagu Gangnam Style yang hangat diputarkan di semua corong radio.. Dengan gaya tarian kuda yang bersahaja, lagu ini menjadi fenomena bukan sahaja di Korea, Malaysia malahan di seluruh dunia.. Setakat entri ini ditulis, videoklip Gangnam Style telah ditonton lebih 400 juta kali sejak 2 bulan lepas dimuat naik di Youtube.. Bagi sesiapa yang belum berkesempatan nak tonton videoklip ni, jom layan kat bawah ni..