Barclays Premier League atau BPL menuju ke penghujung musim dengan semua perlawanan terakhir dilangsungkan pada hari ini, 11 Mei 2014.. Tidak banyak lagi perkara yang akan diputuskan pada perlawanan terakhir ini cuma ada beberapa pasukan yang pasti berusaha bermati-matian untuk mencapai matlamat mereka pada perlawanan terakhir ini.. Mari kita lihat apa yang bakal menjadi tumpuan pada perlawanan terakhir ini:
PEREBUTAN JUARA:
Tiada pasukan lagi yang dapat memastikan tangan mereka mendakap gelaran juara BPL 2013/2014 kerana masih ada 2 pasukan berpeluang untuk menjuarai BPL musim ini.. Manchester City kini berada pada kedudukan terbaik kerana kemenangan pada perlawanan terakhir memastikan mereka bergelar juara tetapi jika seri sekalipun, mereka masih mempunyai kelebihan perbezaan jaringan yang lebih besar berbanding pencabar terdekat mereka, Liverpool dengan 13 gol.. Perlawanan terakhir mereka seperti di bawah:
Manchester City vs West Ham United
Liverpool vs Newcastle United
PEREBUTAN TEMPAT KE EUROPA LEAGUE:
Manchester United masih berpeluang menyelamatkan musim penuh menyedihkan buat mereka ini dengan sekurang-kurangnya layak ke Europa League untuk musim hadapan.. Tetapi untuk layak, mereka perlu menang perlawanan terakhir mereka dan mengharapkan Tottenham Hotspurs tewas pada perlawanan terakhir.. Perlawanan terakhir mereka seperti di bawah:
Tottenham Hotspurs vs Aston Villa
Southampton vs Manchester United
PEREBUTAN SELAMAT DARI TERSINGKIR:
Dari segi logik, perebutan ini telah tamat tetapi dari segi matematik, Norwich City masih berpeluang untuk menyelamatkan diri mereka dari tersingkir.. Tetapi dengan perbezaan jaringan yang amat besar antara Norwich City dan West Bromwich, misi ini nampak mustahil kerana West Bromwich mempunyai kelebihan 17 gol berbanding Norwich City.. Mudah kata, Norwich City perlu menang 15-0 pada perlawanan terakhir mereka sementara mengharapkan West Bromwich tewas 2-0 atau lebih.. Perlawanan terakhir mereka seperti di bawah:
West Bromwich vs Stoke City
Norwich City vs Arsenal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan